KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur menahan 41 individu dan merampas had kredit pertaruhan bernilai RM1,160,723 membabitkan kegiatan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 menerusi Op Soga IX, bermula 19 Nov lepas hingga Khamis.
PIALA DUNIA 2022
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dalam kenyataan semalam berkata kesemua mereka terdiri daripada 38 lelaki dan tiga wanita termasuk seorang wanita warga asing ditahan dalam 24 serbuan berasingan sekitar ibu negara.
Beliau berkata pelbagai peralatan peranti elektronik antaranya enam komputer, 56 telefon bimbit, kad sim dan wang tunai RM2,306 dirampas.
"Setakat semalam, sebanyak 24 kertas siasatan dibuka dengan 18 individu telah dituduh di mahkamah manakala bakinya masih dalam siasatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(e), Seksyen 6(1) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.
Azmi berkata orang ramai diingatkan untuk tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan perjudian haram kerana tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang didapati terlibat.
"Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan jenayah, boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Khas 24 Jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0670 dan Hotline D7 Kuala Lumpur di talian 014-2697678," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022
Datuk Azmi Abu Kassim berkata pelbagai peralatan peranti elektronik antaranya enam komputer, 56 telefon bimbit, kad sim dan wang tunai RM2,306 dirampas. - Foto fail/BERNAMA
[PROMO] Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temubual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
AWANI Ringkas: Kepengerusian ASEAN, program SARA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA lakar sejarah jadi usahawan wanita pertama dari Malaysia dan ASEAN tandatangani MoU berkenaan.
#Ringkas 6 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Februari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
The Economy: PuTERA35: Needs Rigour, Fairness, Self-Awareness
Lee Hwok Aun, Senior Fellow at ISEAS – Yusof Ishak Institute, examines PuTERA35, emphasizing the need for rigor, fairness, and self-awareness in its approach and implementation.
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
Khazanah: Nisbah pelaburan di Malaysia akan kekal lebih 60 peratus
Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah Datuk Hisham Hamdan berkata, portfolio dana kekayaan berdaulat itu akan memastikan nisbah pelaburannya kekal melebihi 60 peratus di Malaysia. Pihaknya juga akan sentiasa memantau dan mengimbangi semula portfolio pelaburan dengan sewajarnya untuk mencapai pulangan optimum berdasarkan pendedahan risiko semasa.
Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya
Pelbagai peruntukan di bawah FICA boleh digunakan bagi mengekang campur tangan asing secara dalam talian yang didorong oleh algoritma.
Piala Dunia Qatar: Polis tahan 41 individu, rampas kredit taruhan RM1.16 juta
Kesemua mereka terdiri daripada 38 lelaki dan tiga wanita termasuk seorang wanita warga asing ditahan dalam 24 serbuan berasingan.
Polis tahan 152 disyaki terlibat judi bola sepak Piala Dunia dalam Op Soga IX
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 152 individu menerusi Op Soga IX sejak 19 Nov lepas hingga semalam kerana disyaki terlibat dengan kegiatan judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.
Op Soga: Empat ejen bookie perjudian bola sepak ditahan
Menurut polis, mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki tempatan berumur antara 22 hingga 57 tahun.