Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengucapkan tahniah kepada kerajaan Qatar atas kejayaan menguruskan persiapan penganjuran Piala Dunia 2022 ketika dunia masih bergelut menghadapi ancaman wabak COVID-19.
Perkara itu dizahirkan Seri Paduka ketika menerima menghadap Duta Besar Qatar ke Malaysia Fahad Mohammed Kafoud di Istana Negara, hari ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata pada majlis yang berlangsung selama sejam pagi tadi, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat daripada Fahad mengenai persiapan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.
"Al-Sultan Abdullah turut berkenan menerima persembahan daripada Duta Besar Qatar replika kesemua lapan stadium yang telah dibina di Qatar bagi Piala Dunia 2022 yang mana setiap stadium bercirikan konsep kehidupan masyarakat Timur Tengah dengan reka bentuk dan seni bina tersendiri," katanya dalam kenyataan.
Stadium tersebut ialah Khalifa International Stadium yang mempunyai 40,000 tempat duduk; Al Bayt Stadium (60,000); Al Janoub Stadium (40,000); Al Rayyan Stadium (40,000); Education City Stadium (40,000); Ras Abu Aboud Stadium (40,000), Al Thumama Stadium (40,000) dan Lusail Stadium (80,000).
Qatar merupakan negara Islam dan negara Timur Tengah pertama dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia edisi ke-22 yang dijadual berlangsung pada akhir November hingga pertengahan Disember 2022.
Ahmad Fadil berkata dalam pertemuan itu, Al-Sultan Abdullah turut menyatakan bahawa baginda mengikuti perkembangan terkini sukan bola sepak dunia khususnya di Asia kerana minat yang mendalam terhadap sukan itu.
Penglibatan aktif Seri Paduka dalam sukan bola sepak di peringkat domestik dan rantau antarabangsa terserlah menerusi pengalaman baginda menerajui beberapa persatuan sukan di dalam dan di luar negara.
Antara jawatan yang pernah disandang ialah Naib Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Al-Sultan Abdullah juga mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih antara tiga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia untuk penggal 2015-2019.
Susulan daripada pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada awal tahun lepas, Al-Sultan Abdullah melepaskan jawatan-jawatan tersebut selaras dengan Perkara 34(2), 32(3) dan 32(4) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 34(2) menyatakan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang baginya ada apa-apa saraan dan Perkara 34(3) menyatakan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial manakala Perkara 34(3) menyatakan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menerima apa-apa jua jenis emolumen yang kena dibayar atau terakru kepadanya.
Sementara itu, dari segi perdagangan dua hala, Qatar merupakan negara kelima terbesar dan ketiga terbesar dari segi pasaran eksport serta sumber import untuk Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Barat bagi 2019.
Secara keseluruhan, Qatar merupakan rakan dagang keempat terbesar untuk Malaysia di Asia Barat pada 2019 selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Turki dengan nilai dagangan berjumlah RM3.43 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 21 2020
Seri Paduka menerima menghadap Duta Besar Qatar ke Malaysia Fahad Mohammed Kafoud di Istana Negara, hari ini. -Facebook/ Istana Negara
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.