Namun, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata formula daripada PTPTN yang diluluskan Kementerian Kewangan itu tidak dapat dilaksanakan akibat tumbangnya kerajaan itu.
"Formula daripada PTPTN dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan ini, memerlukan kerajaan menanggung pinjaman tambahan di atas pinjaman sedia ada yang ditanggung oleh kerajaan untuk membiayai pinjaman PTPTN.
"Malangnya, kerajaan PH tumbang sebelum pengumuman rasmi berhubung perkara ini dibuat.
"Saya berharap, janji untuk membenarkan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman hanya selepas mereka mendapat gaji lebih dari RM4,000 sebulan tetap akan ditunaikan, meskipun kerajaan perlu menanggung pinjaman tambahan," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
PH melalui manifesto pilihan rayanya berjanji menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam bergaji kurang dari RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.
Dalam kenyataan media sama, Guan Eng turut menggariskan beberapa pencapaian Kerajaan PH.
1) Mengurangkan kos sara hidup
a. Penstrukturan semula PLUS menghasilkan penjimatan sebanyak RM42 bilion kepada kerajaan dan pengguna, dengan pengurangan kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan sebanyak 18 peratus untuk kenderaan persendirian, bas dan teksi serta tiada sebarang kenaikan kadar tol sehingga habis baki tempoh konsesi;
b. Penghapusan GST dan digantikan dengan SST;
c. Kejayaan menurunkan kadar inflasi di bawah paras kawalan dari 3.8 peratus pada 2017 kepada 0.7 peratus pada 2019; dan
d. Penstabilan harga RON95 dengan mengurangkan harga syiling dari RM2.20 seliter kepada RM2.08 seliter

2) Menyediakan perlindungan kesihatan baharu
e. Skim perlindungan kesihatan percuma MySalam bernilai RM2.5 bilion menyediakan bantuan kewangan berjumlah antara RM4,000 hingga RM8,000 secara percuma untuk rakyat Malaysia yang disahkan menghidapi 45 penyakit kritikal dan menerima gaji kurang dari RM100,000 setahun.
3) Meningkatkan ketelusan dalam kewangan awam
f. Penginstitusian tender terbuka di seluruh kerajaan untuk memerangi rasuah dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan kerajaan.
g. Pengenalan pelaporan fiskal yang lebih telus melalui pendedahan penuh hutang dan liabiliti kerajaan;
h. Pemudahan peralihan ke arah perakaunan akruan dari asas tunai pada tahun 2021 untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam kewangan kerajaan; dan
i. Pembayaran balik GST yang belum dibayar berjumlah RM19.4 bilion.

4) Pengurusan fiskal yang lebih baik
j. Konsolidasi defisit fiskal 3.7% daripada KDNK pada tahun 2018 kepada 3.4% pada tahun 2019;
k. Pengekalan penarafan kredit antarabangsa negara pada paras A- / A3 walaupun perlu membayar puluhan bilion ringgit untuk 1MDB, Tabung Haji dan skandal lain yang berkaitan; dan
l. Penerusan projek infrastruktur utama berikutan penjimatan lebih RM50 bilion hasil daripada rundingan semula dan rasionalisasi kerja-kerja awam terdahulu seperti LRT3, MRT2, Lebuhraya Pan Borneo dan ECRL.

5) Mewujudkan peluang pekerjaan
m. Program #MalaysiaKerja (Malaysia@Work) dengan peruntukan RM6.5 bilion yang akan mewujudkan 350,000 pekerjaan, untuk rakyat Malaysia yang menganggur yang tidak mendapat tawaran pekerjaan selepas 1 tahun mencari kerja, dengan memberi insentif bulanan berjumlah RM500 kepada pekerja dan insentif bulanan berjumlah RM300 kepada majikan untuk tempoh 2 tahun.
6) Pendigitalann. Menggalakkan pembayaran digital menerusi penggunaan e-wallet yang inovatif melalui program e-Tunai Rakyat bernilai RM450 juta yang menyediakan wang belanja percuma sebanyak RM30 untuk semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas dan memperoleh pendapatan kurang dari RM100,000 setahun; dan
o. Peruntukan berjumlah RM28.6 bilion dalam bentuk geran, insentif, pinjaman untuk menyediakan rangkaian jalur lebar dan menggalakkan perniagaan terutamanya PKS untuk menyesuaikan diri dengan ekonomi digital.