KOTA BHARU: Menjelang musim perayaan, penyeludup mercun dan bunga api mengambil peluang untuk membawa masuk pelbagai jenis bahan terbabit ke negara ini menggunakan ‘laluan tikus’ yang banyak terdapat di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.
Meskipun terpaksa berhadapan dengan risiko tertangkap, masih ada penyeludup yang berani melakukan ‘tugasan’ itu demi mengaut keuntungan berganda.
Difahamkan, kesukaran mendapatkan mercun dan bunga api di sini berlaku ekoran Op Benteng yang dilaksanakan oleh kerajaan menyebabkan harga bahan itu meningkat sekali ganda.
Menurut Pegawai Pemerintah Medan Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari Nusi, pihaknya sedar dengan keadaan itu dan kesemua anggota diarahkan supaya menggiatkan lagi rondaan di sepanjang sempadan bagi mengesan sebarang pergerakan yang mencurigakan.
Beliau berkata kegiatan penyeludupan mercun dan bunga api ke sini terbukti dengan dua rampasan yang dilakukan pada semalam, melibatkan mercun dan bunga api bernilai lebih RM20,000.
"Dalam kejadian pertama, anggota pasukan Strike Force telah merampas sejumlah mercun bernilai RM8,622 berhampiran sebuah stesen minyak selepas menahan sebuah kereta Honda Stream pada 5.57 petang.
“Rampasan dilakukan selepas mengekori sebuah kereta yang dilihat mencurigakan berdekatan Jeram Perdah, Rantau Panjang.
"Sebaik tiba di stesen minyak itu, sepasukan anggota Strike Force telah menahan seorang lelaki berumur 34 tahun dan menemukan enam kotak besar mengandungi mercun di dalam kereta itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, kesemua barangan termasuk kereta (RM45,000) dianggarkan bernilai RM53,622 telah dirampas dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Azhari berkata kejayaan kedua dicatatkan selepas anggotanya merampas sejumlah 202 kotak mercun bernilai RM11,600 yang ditinggalkan di dalam sebuah kereta jenis Inocom Matrix di Kampung Lanchang dekat Rantau Panjang, Pasir Mas pada 10.06 malam.
Katanya, tiada sebarang tangkapan dilakukan kerana pemilik kenderaan disyaki meninggalkan kereta di situ kerana bimbang ditahan.
"Kesemua barangan bernilai RM18,600 termasuk kereta (RM7,000) diserahkan kepada Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata berdasarkan maklumat dalam dua kes ini mercun dan bunga api yang dirampas adalah untuk pasaran di Bachok dan sekitar Pasir Mas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 01 2021

Azhari berkata kegiatan penyeludupan mercun dan bunga api ke Kota Bharu terbukti dengan dua rampasan yang dilakukan semalam, melibatkan mercun dan bunga api bernilai lebih RM20,000. - Gambar fail

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

ACLE: Hotel Pohang Steelers diganggu, balingan mercun tanda perang psikologi?
Persiapan lawan dilaporkan terjejas ekoran didakwa diganggu oleh balingan mercun di sekitar hotel penginapan di Johor Bahru.

Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.

340 cedera akibat mercun sempena Krismas dan tahun baharu di Filipina
Hampir 60 peratus daripada kecederaan berpunca daripada mercun berkuasa tinggi yang diharamkan.

Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.

Orang ramai diminta urus sisa mercun, bunga api dengan teratur
Tindakan berkenaan akan menyebabkan tong sampah rosak akibat terbakar sekali gus menyukarkan pekerja pembersihan melupuskan sisa domestik.

Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan
Pemantauan dan semakan itu bagi memastikan kaedah penyimpanan mercun tersebut mematuhi peraturan, antaranya, disimpan di kawasan selamat.

Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan
Kedua-dua suspek mempunyai masing-masing dua dan empat rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.

Polis sedang mengesan individu bermain mercun di balkoni pangsapuri di Meru
Kejadian bermain mercun itu dikatakan berlaku di tingkat 20, Residensi PR1MA Meru.

KPWKM nasihati ibu bapa awasi anak-anak main mercun, bunga api
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingatkan ibu bapa agar sentiasa memantau dan mengawasi anak-anak ketika bermain mercun atau bunga api sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri.

Polis Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM217,000 sejak 25 Mac
Jumlah berkenaan membabitkan 39 kes serta tangkapan melibatkan 25 lelaki dan enam wanita warga tempatan.