KOTA KINABALU: Seorang petugas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Sandakan dikenal pasti sebagai pencetus Kluster Jalan Labuk Batu 7 yang dikesan hari ini dan kluster itu merekodkan 20 kes termasuk kes indeks setakat ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kes indeks kluster berkenaan merupakan petugas lelaki LHDN yang mengalami gejala demam, batuk dan selesema sebelum dikesan positif pada 9 Dis lepas.
"Siasatan lanjut mendapati 19 lagi kes positif terdiri daripada ahli keluarga serta rakan sekerja kepada kes indeks menjadikan kes kumulatif dalam kluster ini adalah 20 kes termasuk tiga kes baharu dilaporkan pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 Sabah berkata premis LHDN cawangan Sabah itu telah ditutup sementara untuk disinfeksi dan semua pesakit diasingkan serta diberi rawatan yang sesuai.
Sementara itu, beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 hari ini adalah sebanyak 224, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 237,759 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
Seorang petugas LHDN cawangan Sandakan dikenal pasti sebagai pencetus Kluster Jalan Labuk Batu 7 yang dikesan hari ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
Kerajaan sedang teliti RUU digital tangani 'scam'
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda rang undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scam atau penipuan dalam talian.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
KPKM nafi dakwaan harga belian diturunkan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah).
Empat PPS dibuka di Kota Tinggi
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Tinggi Johor.
CEO syarikat penyiaran antara 5 ditahan kes ubah wang haram
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
[TERKINI] Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.
Petugas LHDN kes indeks Kluster Jalan Labuk Batu 7, Sandakan
Seorang petugas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Sandakan dikenal pasti sebagai pencetus Kluster Jalan Labuk Batu 7 yang dikesan hari ini.