Petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) adalah antara pekerja di belakang tabir yang perlu dihargai kerana mereka turut bertugas sepanjang musim perayaan serta mengorbankan masa bersama keluarga.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejak berlakunya pandemik COVID-19, masyarakat mula mengenali peranan penting yang dimainkan oleh CPRC khususnya dan Kesihatan Awam secara amnya.
"Semua pihak perlu mengambil berat akan kepentingan kesihatan awam. Petugas CPRC juga mengumpul, menganalisa dan melapor data harian semua kejadian wabak dan bencana di seluruh negara yang diterima dari lapangan bagi pelaporan setiap hari.
"Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua petugas CPRC di seluruh negara yang bertungkus lumus siang malam, tujuh hari seminggu termasuk cuti umum dan hujung minggu bagi merancang, menyelaras dan melaksana pelan kesiapsiagaan dan respons KKM di peringkat ibu pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, hospital, klinik dan lapangan," katanya.
Dr Noor Hisham melalui Facebook rasminya berkata, beliau sempat meluangkan masa bersama petugas CPRC negeri dari seluruh negara melalui sesi sidang video sebelum Mesyuarat Harian CPRC pada petang Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 25 2020
![Petugas CPRC adalah pekerja belakang tabir yang perlu dihargai - KP Kesihatan Petugas CPRC adalah pekerja belakang tabir yang perlu dihargai - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41590451838_FBNoorHishamAbdul.jpg)
Dr Noor Hisham (tiga kiri) meluangkan masa bersama petugas CPRC negeri dari seluruh negara melalui sesi sidang video sebelum Mesyuarat Harian CPRC pada Isnin. Facebook Noor Hisham Abdullah
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![CPRC sedia data, laporan harian COVID-19 dalam tempoh 4 jam setiap hari CPRC sedia data, laporan harian COVID-19 dalam tempoh 4 jam setiap hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602998199_TBTaburanCovid.jpg)
CPRC sedia data, laporan harian COVID-19 dalam tempoh 4 jam setiap hari
Pasukan petugas di belakang tabir Kementerian Kesihatan (KKM) itu, akan menganalisis dan menterjemah data kepada laporan yang ringkas, padat serta mudah difahami.
![KKM hasil dokumentari mengenai usaha merdekakan negara daripada COVID-19 KKM hasil dokumentari mengenai usaha merdekakan negara daripada COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598582042_CPRC.jpg)
KKM hasil dokumentari mengenai usaha merdekakan negara daripada COVID-19
Video berdurasi 10.46 minit di Twitter rasmi Dr Noor Hisham memaparkan wajah-wajah wira yang bertungkus-lumus menjalankan kerja belakang tabir ketika negara berperang menentang COVID-19.
![Petugas CPRC adalah pekerja belakang tabir yang perlu dihargai - KP Kesihatan Petugas CPRC adalah pekerja belakang tabir yang perlu dihargai - KP Kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41590451838_FBNoorHishamAbdul.jpg)
Petugas CPRC adalah pekerja belakang tabir yang perlu dihargai - KP Kesihatan
Sejak pandemik COVID-19, masyarakat mula mengenali peranan penting yang dimainkan oleh CPRC khususnya dan Kesihatan Awam secara amnya.
![Apa yang penting adalah siapa di belakang tabir - Rosyam Nor Apa yang penting adalah siapa di belakang tabir - Rosyam Nor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/81551225603_rosyam-nor-900x560-new.jpg)
Apa yang penting adalah siapa di belakang tabir - Rosyam Nor
Yesss...
![Wanita Sarawak ada cara halus pikat pengundi luar bandar - Jamilah Anu Wanita Sarawak ada cara halus pikat pengundi luar bandar - Jamilah Anu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41525239255_PRKTANJONGDATU.jpg)
Wanita Sarawak ada cara halus pikat pengundi luar bandar - Jamilah Anu
Penglibatan dan peranan golongan wanita di Sarawak kini sukar untuk disangkal selain diterima baik dalam arena politik.