Kerajaan akan menunggu laporan siasatan kes penahanan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd Xavier Justo sebelum mengambil tindakan lanjut.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, polis Thailand akan memaklumkan dalam sedikit masa lagi hasil siasatan sambil menegaskan bahawa Kerajaan akan memastikan siasatan telus dibuat dalam isu itu.
"Kalau kita dapat tahu apa-apa dan bukti yang jelas, barulah Kerajaan akan mengambil tindakan. Ia berdasarkan siasatan polis Thailand.
"Saya tidak mahu mendahului laporan rasmi Thailand. Menteri berkenaan juga sedang menunggu laporan yang bakal diterima daripada Thailand," katanya ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya bakal bekerjasama dengan polis Thailand bagi membantu siasatan isu itu.
Jelas Ahmad Zahid, pihaknya akan menyiasat rekod emel dan panggilan telefon mereka yang terlibat dalam kes penipuan, pemalsuan dan peras ugut syarikat berkenaan.
Tambahnya, KDN telah dimaklumkan bahawa Xavier Justo merupakan individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat yang tidak tepat kepada laman web, Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB.
Dalam isu melibatkan pegawai tinggi MARA, Najib berkata kerjasama pihak penguasa negara ini dan Australia sedang dijalankan dan hasil siasatan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
"Kita bersikap telus dan mahu ia dibuat sepenuhnya.
"Kerajaan akan beri kerjasama sepenuhnya dan mahu ia disiasat oleh pihak berkuasa sekali gus menghilangkan keraguan semua," ujarnya.
Katanya, masih belum ada sebarang keputusan sehingga kini mengenai isu berkenaan.
"Kita belum ada lagi keputusan, kita tidak buat tindakan berdasarkan syak wasangka atau spekulasi di media sosial.
"Ia perlu berdasarkan peraturan, kamu tidak bersalah sehingga diputuskan bersalah," katanya.
Baru-baru ini, akhbar Australia The Age melaporkan ada pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.
Najib sebelum ini melalui akaun Facebook dan Twitternya berkata pihak berkuasa akan menjalankan siasatan komprehensif atas dakwaan berkenaan dan sekiranya terdapat unsur salah laku, tindakan akan dilaksanakan.
Pada Selasa, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akbar Satar menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan pelaburan dana kerajaan Malaysia disalah guna di luar negara.
Menurut Akbar, SPRM mempunyai kuasa untuk menyiasat perkara ini walaupun transaksinya berlaku di Australia berdasarkan peruntukan dalam Akta SPRM.
Wan Syamsul Amly, Rahimah Abdullah
Fri Jun 26 2015
NAJIB: Kalau kita dapat tahu apa-apa dan bukti yang jelas, barulah Kerajaan akan mengambil tindakan. Ia berdasarkan siasatan polis Thailand.
10 Berita Pilihan - (18 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian
Penjawat awam diharap memberi komitmen penuh dalam memastikan iltizam kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Kadar gaji minimum RM1,700 beri manfaat bagi pekerja dan majikan
Peningkatan kadar gaji minimum adalah usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja terutama mereka yang berpendapatan rendah lebih terjamin.
Messi tidak tolak kemungkinan beraksi di Piala Dunia 2026
Messi menekankan bahawa dia lebih fokus untuk mengekalkan prestasi terbaiknya berbanding risau tentang pencapaian masa depan.
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri meningkat malam ini
Di Perak, jumlah mangsa yang berlindung di 12 PPS meningkat kepada 1,587 orang berbanding 1,459 orang petang tadi.
Consider This: Budget 2025 (Part 1) — Balancing Progress & Prudence?
Budget 2025 was tabled in Dewan Rakyat today, and now the crucial evaluation begins. Does #Belanjawan2025 successfully balance progress and prudence? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Danial Rahman, CEO of Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), and Doris Liew, Economist & Assistant Research Manager at IDEAS Malaysia's Public Finance Unit.
Dialog Anak Muda: Belanjawan 2025: Macam mana ok?
Rasionalisasi subsidi RON95, kadar baharu gaji minima dan pemerkasaan TVET antara tumpuan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Analisis isu-isu ekonomi diteruskan dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini.
AWANI Tonight: Belanjawan 2025: What are the hits and misses
Bait al-Amanah's Benedict Weerasena shares his thoughts on the hits and misses of Budget 2025, which sees an allocation of RM421 bil, a 3.3% increase from the previous year.
AWANI Tonight: Key highlights from Belanjawan 2025
Key highlights from Belanjawan 2025, which includes increased allocations for Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tax reliefs for first home buyers, and cash aid for singles, among other reforms.
PDRM pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya - KPN
PDRM akan memastikan semua perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya.
Saman 1MDB: Riza Shahriz guna AS$248 juta untuk beli hartanah, belanja perjudian
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa wang AS$248 juta telah digunakan untuk kepentingan peribadi Riza Shahriz iaitu bagi membayar pembelian beberapa hartanah dan perbelanjaan berjudi.
PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.
Sebanyak RM27.17 bilion dana berkaitan syarikat 1MDB diperoleh semula sehingga 30 September 2024
Kerajaan telah berjaya mendapatkan kembali sejumlah RM27.17 bilion dana berkaitan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat 30 Sept 2024.
Kerajaan Persekutuan salur geran berjumlah RM39.74 bil kepada 1MDB - Laporan Audit
Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Tindakan Najib jelas menunjukkan kepentingannya dalam 1MDB - Pendakwaan
Mahkamah diberitahu tindakan dan kelakuan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai insiden berkaitan dengan 1MDB jelas menunjukkan beliau mempunyai kepentingan peribadi.
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai.
Saya tiada kawalan ke atas dana SRC International - Najib
Najib berkata beliau tidak memiliki sebarang kawalan ke atas pergerakan dan penggunaan RM3.6 bilion dana SRC International Sdn Bhd.
Saman SRC: Najib nafi arah SRC menerusi Nik Faisal
Najib Tun memberitahu bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Arif Kamil bukanlah penghubung antara syarikat itu dan dirinya.
NUJ bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan halang pelaporan penyiasatan
Menurut Setiausaha Agungnya, Teh Athira, keputusan mahkamah itu menimbulkan persoalan penting mengenai perlindungan kebebasan media