KUALA LUMPUR: Petrosains RBTX Challenge 2022, yang dirasmikan pada Khamis, dijangka mampu menarik penyertaan kira-kira 10,000 pelajar sekolah serta institusi pendidikan dari dalam dan luar negara.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataan semalam memaklumkan program itu, yang bermula September ini, memberi peluang kepada pelajar berkongsi minat dalam bidang sains dan teknologi menerusi elemen penciptaan khususnya bidang robotik.
Beliau berkata penganjuran program itu selaras dengan visi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju serta berteknologi tinggi menjelang 2030.
"Petrosains RBTX Challenge 2022 ini juga sejajar dengan matlamat Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 (DSTIN) dalam memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih berdaya saing melalui sains, teknologi dan inovasi (STI) yang kukuh.
"Program ini dapat meningkatkan minat dan tumpuan para pelajar terhadap mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sekali gus memupuk sifat ingin tahu dengan menggunakan pendekatan secara amali atau praktikal menerusi aktiviti yang menyeronokkan," katanya.
Selain MOSTI, pertandingan itu mendapat sokongan Kementerian Pendidikan dengan kerjasama PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), MyDigital Corporation, UBTech serta Microsoft Malaysia.
Petrosains RBTX Challenge 2022 merupakan platform untuk peminat robotik berkumpul bagi mempelajari, menerokai dan bertanding menggunakan robot ciptaan mereka selain membantu penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta keupayaan berinovasi.
Sejak diperkenal pada 2018, pertandingan itu mendapat sambutan dengan penyertaan lebih 800 sekolah di seluruh negara.
Penyertaan untuk pertandingan itu kini dibuka kepada peserta tempatan dan antarabangsa dari 18 April hingga 31 Julai 2022 untuk tiga kategori iaitu Robo Tracer, Robo Sumo dan Innovation.
Juara Petrosains RBTX Challenge akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai lebih RM40,000 dan e-sijil daripada Petrosains.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.petrosains.com.my/rbtx-challenge.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022
Petrosains RBTX Challenge 2022 dijangka mampu menarik penyertaan kira-kira 10,000 pelajar sekolah serta institusi pendidikan dari dalam dan luar negara. -Petrosains
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Petrosains RBTX Challenge dijangka tarik penyertaan 10,000 pelajar dalam, luar negara
Petrosains RBTX Challenge 2022 dijangka mampu menarik penyertaan kira-kira 10,000 pelajar sekolah serta institusi pendidikan dari dalam dan luar negara.