KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas), dalam memenuhi permintaan pihak berkepentingan, telah menyumbang hampir RM1.2 trilion sejak tahun 1976 kepada pembangunan negara, terutama ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, sumbangan itu termasuk kepada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kutipan cukai, pembayaran royalti minyak dan kadar pemberian itu mungkin akan meningkat dalam jangka masa panjang.
Syarikat minyak negara ini turut memperuntukkan sebahagian sumbangan kepada Kumpulan Wang Amanah Negara.
Selain daripada sumbangan berbentuk kewangan, Petronas juga menyokong aspirasi dan pembangunan negara menerusi antaranya pemberian biasiswa kepada pelajar yang layak.
"Tidak ramai yang menyedari, bahkan sebelum COVID-19 dan kemudiannya tercetusnya cabaran berikutan pandemik ini, kami tidak pernah menghentikan program biasiswa serta komitmen kami dalam menyokong pertumbuhan koridor utara dan timur negara dengan bekerjasama bersama-sama pihak berkuasa masing-masing untuk melahirkan usahawan.
"Kami terus menyokong dengan memeterai perjanjian bersama Agrobank untuk membantu usahawan tani B40. Kami tidak menghentikannya," kata beliau kepada Bernama dan Berita Harian dalam temu bual eksklusif baru-baru ini.
BACA: Petronas akan terus berusaha harungi segala cabaran mendatang
Tengku Muhammad Taufik berkata, syarikat minyak negara ini juga komited dengan peruntukan tahunannya sebanyak RM100 juta kepada Yayasan Petronas.
"Walaupun ada kemampuan untuk berbelanja sehingga RM100 juta setahun dengan kelulusan pihak lembaga Petronas, mungkin disebabkan cabaran yang dihadapi tahun lepas, pemberian bantuan tidak mencapai RM100 juta setahun. Kami akan membuat penzahiran khusus dan tidak akan berhenti," ujar beliau.
Pada awal November, Yayasan Petronas telah mengagihkan peralatan perubatan dan peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM2.5 juta ke hospital-hospital seluruh Sabah untuk menyokong usaha petugas barisan hadapan perubatan dalam mengurangkan kes COVID-19 di negeri itu.
Selain itu, peralatan perubatan, PPE, pembersih tangan, pembasmi kuman dan pelitup muka serta bekalan makanan bernilai RM5.2 juta telah diedarkan kepada masyarakat dalam operasi domestik dan antarabangsa termasuk Azerbaijan, Brazil, Brunei, Kanada, Gabon, India, Indonesia, Iraq, Mexico, Myanmar, Suriname dan Sudan Selatan setakat 30 Sept, 2020.
Jumlah sumbangan kumpulan ini terhadap usaha dan inisiatif COVID-19 hampir mencecah RM44 juta.
Berikutan cabaran getir yang tercetus daripada pandemik COVID-19, lembaga Petronas turut meluluskan dividen tambahan RM10 bilion kepada pemegang sahamnya pada akhir November 2020, tambahan kepada RM24 bilion, menjadikan jumlah pembayaran dividen kepada RM34 bilion.
Paling penting, syarikat minyak ini juga sentiasa menyokong inisiatif oleh pekerjanya, tegas beliau.
"Kami mempunyai sejumlah program keusahawanan sosial. Antaranya, kami berusaha mempromosikan pembekal produk tempatan dan Petronas Dagangan (menerusi stesen minyak Petronas) sama-sama menyokong dengan menempatkan produk tempatan ini di rak stesen minyak sejak suku ketiga tahun lepas dan berterusan sehingga kini," kata Tengku Muhammad Taufik. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 20 2021
Sumbangan Petronas sejak 1976 termasuk kepada kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, kutipan cukai dan pembayaran royalti minyak, kata Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz. - Gambar fail
Titah Adendum: Menteri-menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
10 Berita Pilihan - (10 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 11 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Anak Muda: Bukan Sekadar Menurut Tetapi Memimpin
Kepimpinan berasaskan idealisme, semangat untuk membawa perubahan dan keinginan menolak penyelewengan. Itu ciri keistimewaan pemimpin belia yang memenuhi keperluan rakyat. Dialog Anak Muda 8.30 malam.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
ASEAN-Malaysia 2025 [6/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
[TERKINI] Sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
Ikuti secara langsung sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, di sini, hari ini.
Titah Adendum: UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas, adil
UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
Pemotongan capex Petronas tidak jejas Swift Energy, pelbagaikan aliran pendapatan
Swift Energy telah mempelbagaikan aliran hasil dengan pergantungan seimbang pada minyak dan gas, minyak makan dan utiliti.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.65 mata kepada 1,626.49 daripada 1,628.14 pada Jumaat lepas.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.