Kecemerlangan yang diraih murid di daerah Ranau dan kawasan sekitar dihargai Petronas menerusi pembangunan infrastruktur seperti pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ranau.
Perkara itu jelas Presiden dan Ketua Pegawai EKsekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin bagi membolehkan lebih ramai golongan bijak pandai di kawasan itu.
Menurutnya, idea membina MRSM Ranau itu adalah usaha menyokong Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menerusi projek perkongsian awam-swasta bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan negara.
"Ranau dipilih memandangkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di daerah itu dan kawasan sekitar sejak beberapa tahun lalu sangat memberangsangkan.
"Oleh itu, Petronas bakal membina MRSM Ranau bagi memberi peluang kepada anak-anak muda di Sabah melanjutkan pelajaran sekali gus menikmati suasana pembelajaran yang kondusif," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Pembinaan MRSM Ranau di sini pada Khamis.
Majlis itu disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. Projek pembinaan MRSM itu merupakan inisiatif bersama antara Petronas, Kerajaan Negeri Sabah dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Tambah Wan Zulkiflee, pembinaan MRSM Ranau yang mampu menempatkan seramai 450 pelajar dengan dilengkapi bangunan akademik, makmal sains, asrama pelajar, dewan serbaguna, kemudahan sukan, kediaman guru dan surau itu adalah sebahagian daripada keseluruhan sumbangan Petronas dalam bidang pendidikan di Sabah meliputi penyediaan program dan infrastruktur.
"Kita menjangkakan pembinaan MRSM ini memakan masa empat tahun serta akan bermula pertengahan 2018 dan siap pada tahun 2021," katanya.
Selain itu, beliau turut mengumumkan pembinaan asrama harian luar bandar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Balambangan di daerah Kudat.
Katanya, pembinaan asrama harian yang berupaya memuatkan seramai 120 pelajar itu bakal dimulakan pada Mac 2018 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2019.
Sementara itu, Musa berkata, Petronas telah memberikan banyak sumbangan kepada rakyat dan negeri Sabah.
Katanya, apa yang penting adalah kesungguhan dan iltizam anak-anak muda Sabah untuk memanfaatkan semua peluang yang telah disediakan.
"Malah, pembinaan MRSM ini dan asrama harian luar bandar di SK Pulau Balambangan akan dapat membantu anak-anak kita menimba ilmu tanpa perlu risau mengenai jarak untuk ke sekolah," katanya.
Malik Ridhwan
Thu Oct 26 2017
Musa Aman menunjukkan isyarat bagus bersama beberapa pelajar ketika merasmikan Pelancaran Projek Pembinaan MRSM Ranau.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Sikap tidak ingin ambil tahu punca Malaysia sukar tangani rasuah - Masidi
Ini terbukti dengan hanya 48 peratus rakyat yang cenderung untuk melaporkan kes salah laku rasuah.
COVID-19: Sabah isytihar tiga kluster institusi pendidikan, kes harian naik kepada 342
Kluster-kluster berkenaan dilaporkan di Tuaran, Keningau dan Lahad Datu
COVID-19: Sabah catat peningkatan untuk tiga hari berturut-turut
Peningkatan kes di Sabah turut disumbangkan Kluster Penjara Kepayan dan Tawau.
Bekalan vaksin di Sabah ditingkatkan pada Julai dan Ogos - Masidi
Kata Masidi, Sabah perlu mengikuti ketetapan antarabangsa sekiranya ingin mendapatkan vaksin COVID-19 secara terus buat negeri itu.
Premis makanan, minuman di Sabah kekal beroperasi hingga 10 malam tetapi...
Premis perniagaan menjual makanan dan minuman seperti restoran di Sabah dibenar beroperasi sehingga pukul 10 malam sahaja dan bukannya 12 tengah malam.
Dua kampung di Kota Belud dilaksana PKPD bermula Jumaat - Masidi
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua kawasan di Kota Belud bermula Jumaat ini.
COVID-19: Kluster Rumah Merah di Sabah catat peningkatan drastik
Kluster Rumah Merah di Sabah mencatatkan peningkatan mendadak dengan 111 kes baharu positif COVID-19 pada Sabtu.
Saringan lapangan bersasar punca kes positif COVID-19 di Sabah tinggi
Peningkatan kes positif COVID-19 yang tinggi setiap hari di Sabah adalah disebabkan hasil saringan lapangan yang diperluaskan serta bersasar di 11 kawasan jangkitan.
Petronas bantu pembangunan infrastruktur Sabah, bina MRSM dan asrama
Kecemerlangan yang diraih murid di Ranau dan kawasan sekitar dihargai Petronas menerusi pembangunan infrastruktur seperti pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).