KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom (UK) yang baharu Zakri Jaafar menyerahkan watikah pelantikannya kepada Ratu Elizabeth II pada Khamis, dalam satu majlis maya yang diadakan di Istana Buckingham di London.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis berkata semasa majlis itu, Zakri menyatakan beliau amat berbesar hati atas lantikan itu dan akan berusaha untuk mengerat serta mengembangkan lagi persahabatan dan kerjasama antara Malaysia dan UK ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau turut menyampaikan salam hormat daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta ucapan salam bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada kerajaan dan rakyat UK.
Zakri merupakan diplomat kanan yang berkhidmat di Kementerian Luar sejak 1992, kata kenyataan itu.
Sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, diplomat itu pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Jordan dari 2014 hingga 2017 dan ke Bosnia dan Herzegovina dari 2017 hingga Mei 2021.
Bermula pada tahun 1957, hubungan diplomatik antara Malaysia dan UK adalah substantif dan meluas merangkumi pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, pendidikan dan latihan, perubahan iklim, budaya dan pelancongan, dan hubungan sesama rakyat.
Kenyataan itu menyebut, UK kekal sebagai rakan dagangan dan ekonomi penting bagi Malaysia dengan perdagangan dua hala yang positif sejak 10 tahun lalu.
Meskipun menghadapi pandemik COVID-19 pada 2020, jumlah dagangan meningkat 1.4 peratus kepada RM16.69 bilion berbanding 2019, dengan eksport ke UK bernilai RM9.99 bilion manakala import bernilai RM 6.71 bilion.
Dari Januari hingga September 2021, jumlah dagangan Malaysia dengan UK meningkat 4.9 peratus kepada RM12.59 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Zakri Jaafar dalam satu majlis maya yang diadakan di Istana Buckingham di London. - Twitter The Royal Family
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 meningkat lima sen kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Jan.
IPO Oriental Kopi dilebih langgan hampir sembilan kali
Tawaran awam permulaan syarikat itu, yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 23 Januari depan, menarik minat runcit bernilai RM1.61 bilion.
Dagangan saham MAHB demi mencapai sasaran dividen, kata KWSP
KWSP berkata, tawaran pembelian saham MAHB melalui konsortium baru-baru ini juga selaras dengan perancangan jangka panjangnya untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.
Pesara Komander TLDM didakwa 89 tuduhan tipu lebih RM1 juta
Dia didakwa menipu Kapten TLDM dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa pelbagai kerja perolehan di Rumah Keluarga Angkatan Tentera, KD Sultan Ismail telah selesai dilaksanakan.
Rangkaian 5G kedua: U Mobile mungkin pertimbang penggabungan
Hong Leong Investment Bank menjangka, saiz dan kekuatan kewangan terhad U Mobile mungkin menyebabkannya berdepan kesukaran untuk melaksanakan projek 5G kedua negara secara bersendirian.
Kenaikan tarif elektrik dijangka pacu permintaan tenaga boleh diperbaharui
Firma penyelidikan RHB Research menjangka, permintaan juga dijangka disokong oleh pelancaran subsektor RE baharu oleh bursa tempatan.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK serah watikah pelantikan kepada Ratu Elizabeth II
Zakri akan berusaha untuk mengerat serta mengembangkan lagi persahabatan dan kerjasama antara Malaysia dan UK ke tahap yang lebih tinggi.