Seorang lagi wanita telah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pesta sukan bogel yang diadakan di Teluk Kampi, Teluk Bahang baru-baru ini.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, wanita berusia 24 tahun dari Perak yang juga pekerja swasta di Kuala Lumpur dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya Sabtu lalu dan kemudiannya dibebaskan selepas disoal siasat selama dua jam.
“Setakat ini, dua yang ditahan polis adalah untuk bantu siasatan, bukan suspek.
“Sehingga kini, 18 percakapan saksi telah dirakam, termasuk seorang pemandu pelancong semalam. Sebelas laporan polis telah diterima daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan penganjuran pesta sukan bogel itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Logistik Supt Mohd Taha Baba kepada Supt Rosli Hassan di IPD Kepala Batas hari ini.
Sebelum ini, polis telah menahan seorang guru muzik wanita dari Bayan Baru untuk membantu siasatan dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Polis percaya semua tujuh rakyat tempatan yang dikenalpasti terlibat dalam pesta sukan bogel masih berada dalam negara dan meminta individu-individu yang terlibat dalam video berkenaan menyerah diri.
Abdul Rahim berkata, pihaknya telah meminta Bukit Aman untuk berhubung dengan Interpol bagi mengesan lapan rakyat asing iaitu dari Singapura, India, Myanmar dan Filipina yang dipercayai terlibat dalam pesta itu.
“Polis juga ada menerima maklumat seorang daripada peserta pesta iaitu dikenali sebagai Albert Yam yang memaklumkan untuk menyerah diri bagi membantu siasatan, tetapi sehingga hari ini dia belum tampil," katanya dipetik Bernama.
Beliau sekali lagi meminta kerjasama 15 peserta termasuk tujuh individu tempatan yang terlibat dalam pesta berkenaan agar tampil di balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes itu ASP Mohd Sani Mat Ali di talian 012-5424455 bagi membantu siasatan.
Pesta itu mula diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk “Pesta Bogel di Teluk Bahang, Penang” tersebar secara meluas di laman sosial, yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.
Jumaat lepas, polis mengedarkan 12 daripada 15 gambar individu yang dipercayai boleh membantu siasatan kes itu.
Astro Awani
Mon Aug 11 2014
![Pesta bogel: Wanita dari Perak dipanggil bantu siasatan Pesta bogel: Wanita dari Perak dipanggil bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407312491_295x200.jpg)
Daripada 15 peserta pesta itu, tujuh merupakan rakyat tempatan manakala selainnya dari Singapura, India, Myanmar dan Filipina, kata polis.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Polis kenal pasti dalang muat naik video wanita menari separuh bogel atas tong di Pulau Perhentian Polis kenal pasti dalang muat naik video wanita menari separuh bogel atas tong di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81564900925_PulauBogel.jpg)
Polis kenal pasti dalang muat naik video wanita menari separuh bogel atas tong di Pulau Perhentian
Polis Terengganu telah mengenalpasti individu yang memuat naik video pesta separuh bogel di sebuah pulau peranginan baru-baru ini.
![Tiada pesta bogel di pesisir Sungai Melaka Tiada pesta bogel di pesisir Sungai Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/61539772461_AZLAN.jpg)
Tiada pesta bogel di pesisir Sungai Melaka
Ia susulan rakaman satu klip video sekumpulan warga asing berseronok dalam keadaan berbogel sehingga klip itu menjadi tular di laman Facebook sejak semalam.
![Kes empat individu bogel disebut semula 19 Mac Kes empat individu bogel disebut semula 19 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407312491_295x200.jpg)
Kes empat individu bogel disebut semula 19 Mac
Kes empat individu yang didakwa menyertai pesta bogel di Teluk Kampi akan disebut semula pada 19 Mac.
![Pesta bogel: 17 Dis sebutan semula kes empat individu Pesta bogel: 17 Dis sebutan semula kes empat individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407312491_295x200.jpg)
Pesta bogel: 17 Dis sebutan semula kes empat individu
Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.
![Lima individu direman berhubung pesta sukan bogel Lima individu direman berhubung pesta sukan bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407312491_295x200.jpg)
Lima individu direman berhubung pesta sukan bogel
Lima individu termasuk seorang lelaki Singapura direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi.
![Pesta bogel: Wanita dari Perak dipanggil bantu siasatan Pesta bogel: Wanita dari Perak dipanggil bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407312491_295x200.jpg)
Pesta bogel: Wanita dari Perak dipanggil bantu siasatan
Wanita berusia 24 tahun yang juga pekerja swasta di Kuala Lumpur dipanggil ke IPD Barat Daya Sabtu lalu sebelum dibebaskan selepas disoal siasat selama dua jam.
![Guan Eng mahu bawa Nasruddin ke mahkamah Guan Eng mahu bawa Nasruddin ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/61404024581_295x200.jpg)
Guan Eng mahu bawa Nasruddin ke mahkamah
Lim Guan Eng berkata beliau telah memberi masa mencukupi kepada Nasruddin untuk mohon maaf berhubung kenyataannya tentang kedudukan kewangan kerajaaan negeri dan projek terowong dasar laut.
![Polis tahan guru wanita yang menyertai pesta bogel Polis tahan guru wanita yang menyertai pesta bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407312491_295x200.jpg)
Polis tahan guru wanita yang menyertai pesta bogel
Seorang peserta wanita yang dipercayai terlibat dalam pesta sukan bogel di Pulau Pinang ditahan polis malam tadi.
![Polis minta bantuan Interpol kesan peserta pesta bogel Polis minta bantuan Interpol kesan peserta pesta bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407312491_295x200.jpg)
Polis minta bantuan Interpol kesan peserta pesta bogel
Polis Pulau Pinang mohon bantuan Interpol untuk kesan 8 individu warga asing yang terlibat dalam pesta bogel di Pulau Pinang.
![Tujuh rakyat tempatan antara yang dikenal pasti dalam pesta bogel - Polis Tujuh rakyat tempatan antara yang dikenal pasti dalam pesta bogel - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407312491_295x200.jpg)
Tujuh rakyat tempatan antara yang dikenal pasti dalam pesta bogel - Polis
Tujuh rakyat tempatan adalah antara 15 individu yang dikenal pasti dalam pesta sukan bogel yang diadakan di Pulau Pinang.