SEKINCHAN: Tapak sampah haram di pesisir pantai Kampung Parit 7, Sungai Labu di sini sering dijadikan sasaran segelintir penduduk membuang sampah haram di kawasan sekitarnya.
Ketua Media dan Perhubungan Awam KDEB Waste Management (KDEBWM) Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata, penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.
Menurutnya, keadaan itu mengundang pihak tidak bertanggungjawab seperti pemain industri dan pengusaha kedai makan mengambil kesempatan untuk membuang sampah di lokasi itu.
"Tapak sampah haram itu adalah di kawasan yang menjadi kebiasaan penduduk membuang sampah," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Mahfuzah berkata, pelbagai jenis sampah haram dibuang di kawasan pesisiran pantai berkenaan.
"Antara sampah yang dikesan terdiri daripada sampah industri, sisa sampah rumah, kedai makan dan kebun.
"Kebiasaannya sampah ini bercampur dengan sampah pukal yang dibuang sesuka hati oleh masyarakat tempatan," ujar beliau.
Justeru, katanya, pasukan operasi KDEBWM Cawangan Sabak Bernam turut membantu membuat pembersihan sampah haram selepas menerima arahan daripada MDSB atau mana-mana agensi bertanggungjawab di kawasan tersebut.
"KDEBWM menyediakan jentera bagi operasi pembersihan keseluruhan kawasan terbabit," jelasnya.
Beliau memberitahu, beberapa langkah diambil termasuk tapak sedia ada ditutup daripada sebarang aktiviti pencemaran dan meletakkan papan tanda larangan dan memperkuatkan penguatkuasaan.
"Pihak MDSB juga telah mencadangkan kepada pihak bertanggungjawab supaya menjadikan lokasi sampah haram tersebut sebagai tempat rekreasi, tempat jualan atau menanam bunga di situ," jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 01 2022

KDEBWM melakukan kerja-kerja pembersihan di tapak sampah haram di pesisir pantai Kampung Parit 7, Sungai Labu di sini. -Foto Sinar Harian
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

2,093 tapak sampah haram ditutup pada 2023 - Kor Ming
Sejumlah 2,093 tapak lokasi sampah haram telah ditutup melibatkan anggaran kos pembersihan berjumlah RM1.6 juta pada 2023, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.