KUCHING: Warga asing yang menyertai Program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) kini dibenar untuk bekerja di negeri itu.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Kabinet negeri yang bermesyuarat pada Khamis lalu meluluskan penambahbaikan prosedur permohonan menyertai program itu yang akan berkuat kuasa mulai hari ini.
"Mereka yang terlibat dalam S-MM2H, mereka akan diberi kebenaran untuk bekerja. Sebelum ini tiada (peserta yang dibenarkan bekerja)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Abdul Karim berkata pemohon yang berjaya bagi program itu telah dimaklumkan mengenai kelonggaran untuk bekerja, beberapa bulan yang lepas.
"Antara kerja yang dibenarkan adalah sebagai pensyarah sambilan atau menjadi rakan kongsi minoriti dalam syarikat yang ditubuhkan di negeri ini.
"Bagi mana-mana kerja sambilan, ia mestilah berdasarkan sektor yang tidak ramai disertai rakyat Sarawak dan mesti mendapat kelulusan Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh (ILMU) di Jabatan Premier Sarawak," katanya.
Abdul Karim berkata permohonan untuk bekerja perlu dibuat melalui kementerian dan ia akan dikemukakan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang mempunyai jawatankuasa untuk meluluskannya.
"Penambahbaikan lain ialah keperluan bagi mereka dalam kategori umur 30 hingga 39 tahun untuk memiliki rumah kediaman di Sarawak dengan harga sekurang-kurangnya RM600,000; atau mereka mempunyai anak di bawah umur 21 tahun yang melanjutkan pelajaran di Sarawak dan mempunyai pas pelajar sahaja; atau pemohon menjalani rawatan perubatan jangka panjang di Sarawak dan disahkan oleh doktor swasta atau kerajaan yang berdaftar dengan Persatuan Perubatan Malaysia.
Selain itu, mereka yang berumur bawah 40 tahun yang ingin menyertai S-MM2H juga boleh terdiri daripada mereka yang mempunyai anak berumur bawah 21 tahun yang masih menuntut di Sarawak atau mereka sedang menjalani rawatan perubatan jangka panjang di Sarawak.
Abdul Karim berkata program S-MM2H yang bermula sejak 2007, sehingga hari ini telah meluluskan 2,198 peserta.
Beliau berkata 10 negara teratas yang rakyatnya menyertai program itu ialah United Kingdom melibatkan 306 orang, China (274), Taiwan (193), Hong Kong (186), Singapura (164), Amerika Syarikat (155) Korea Selatan (125), Indonesia (104), Australia (95) dan Jepun (86).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
![Peserta S-MM2H kini boleh bekerja di Sarawak - Abdul Karim Peserta S-MM2H kini boleh bekerja di Sarawak - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670041078_MenteriPelancongan.jpg)
Kabinet Sarawak yang bermesyuarat pada Khamis lalu meluluskan penambahbaikan prosedur permohonan menyertai program itu yang akan berkuat kuasa mulai hari ini. - Gambar fail
Kumpulan politik, masyarakat Sudan bertemu bincang penamatan perang
Kumpulan politik dan masyarakat sivil Sudan yang bermesyuarat pada Sabtu di Kaherah bersetuju mengenai keperluan menamatkan perang di Sudan dan kepentingan komitmen terhadap Deklarasi Jeddah.
Pihak yang berperang, bagaimanapun, tidak mengambil bahagian dalam persidangan tajaan Mesir itu, dan pemimpin pemberontak yang bersekutu dengan tentera tidak menyokong kenyataan terakhir tersebut.
Pihak yang berperang, bagaimanapun, tidak mengambil bahagian dalam persidangan tajaan Mesir itu, dan pemimpin pemberontak yang bersekutu dengan tentera tidak menyokong kenyataan terakhir tersebut.
Ribuan rakyat Palestin berlindung di stadium
Ribuan rakyat palestin perlindungan di stadium sukan Yarmouk di bandar Gaza, selepas melarikan diri daripada serangan baharu oleh tentera Israel di kawasan kejiranan Shijaiyah timur bandar itu.
Perkara tu dilakukan susulan serangan tanpa henti rejim Zionis yang kononnya ingin menentang pejuang Hamas di kawasan Shijaiyah.
Perkara tu dilakukan susulan serangan tanpa henti rejim Zionis yang kononnya ingin menentang pejuang Hamas di kawasan Shijaiyah.
![Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 1446H Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 1446H](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720331118_USAS.jpg)
Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 1446H
Profesor Madya Ahmad Husni Hassan, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.
Bekas mufti Hassan Ahmad dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan
Bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M.
Tak jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
Rakyat diingatkan agar tidak menjadikan media sosial sebagai tempat untuk berbalah atau bertengkar, titah Sultan Ibrahim.
Memahami sentimen pengundi di sebalik keputusan PRK Sg Bakap
Penganalisis politik USM, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkongsi pandangan mengenai sentimen pengundi di sebalik keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
AWANI Ringkas: Insafi kekalahan di DUN Sungai Bakap
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Anugerah pembakar semangat teruskan bakti, dakwah - Tokoh Maal Hijrah Johor Anugerah pembakar semangat teruskan bakti, dakwah - Tokoh Maal Hijrah Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720328626_MohdFared.jpg)
Anugerah pembakar semangat teruskan bakti, dakwah - Tokoh Maal Hijrah Johor
Tokoh Maal Hijrah 1446H peringkat negeri Johor, Jainudin Mt Sum @ Munajat menganggap pengiktirafan yang diterimanya sebagai pembakar semangat untuk meneruskan dakwah dan berbakti kepada masyarakat.
![Murugiah, Asojan kekal Naib Presiden MIC, Nelson muka baharu Murugiah, Asojan kekal Naib Presiden MIC, Nelson muka baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720326274_MIC.jpg)
Murugiah, Asojan kekal Naib Presiden MIC, Nelson muka baharu
Datuk T Murugiah dan Datuk M Asojan, masing-masing mempertahankan jawatan Naib Presiden MIC manakala Datuk Dr R Nelson muncul muka baharu jawatan itu.
!['Saya takut mati' - Isteri Baim Wong tampil berhijab selepas pulang umrah 'Saya takut mati' - Isteri Baim Wong tampil berhijab selepas pulang umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720325841_paula.jpg)
'Saya takut mati' - Isteri Baim Wong tampil berhijab selepas pulang umrah
Paula yang merupakan seorang model malah berbicara mengenai keputusannya menutup aurat dan berhijab selepas pulang menunaikan umrah pada Mac lalu.
![Peserta S-MM2H kini boleh bekerja di Sarawak - Abdul Karim Peserta S-MM2H kini boleh bekerja di Sarawak - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670041078_MenteriPelancongan.jpg)
Peserta S-MM2H kini boleh bekerja di Sarawak - Abdul Karim
Warga asing yang menyertai Program Sarawak-Malaysia Rumah Keduaku (S-MM2H) kini dibenar untuk bekerja di negeri itu.