KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Johari Harun dan sembilan mangsa lagi yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Selangor petang ini.
Turut menzahirkan ucapan sama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut catatan di laman Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdulllah dan Tunku Azizah menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian mengejut kesemua mangsa.
"Seri Paduka berdua berharap agar seluruh keluarga mangsa yang terlibat sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini, dan mendoakan agar mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh," katanya.
Istana Negara turut memaklumkan Allahyarham Johari merupakan rakan akrab Seri Paduka berdua.
Al-Sultan Abdulllah dan Tunku Azizah amat menghargai sumbangan Allahyarham Johari kepada Pahang terutama dalam memperjuangkan masyarakat desa serta luar bandar dan menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada negeri itu dan pasangan diraja berkenaan.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina, 10 terkorban
Johari merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai di Parlimen Bentong serta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengesahkan bahawa beliau berada dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina di Shah Alam.
Turut tersenarai dua juruterbang Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Johari Harun dan sembilan mangsa lagi yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina. - Facebook Istana Negara
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Pesawat terhempas di Elmina: Kesemua 10 jenazah mangsa selesai dituntut
Mangsa pertama dibawa keluar dari Jabatan Forensik HTAR menaiki van jenazah pada pukul 9.27 pagi dan terakhir pada pukul 11.35 pagi.
Pesawat terhempas di Elmina: Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat
Pengesahan dibuat selepas semua spesimen cebisan anggota badan yang ditemukan di lokasi nahas padan dengan ujian DNA ahli keluarga.
Pesawat terhempas di Elmina: Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas
Jenazah kesemua mangsa akan mula diserahkan kepada keluarga secara berperingkat bermula pagi ini.
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini
Jenazah dijangka dibawa keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kira-kira jam 9 pagi.
Pesawat terhempas di Elmina: Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA
Sebanyak 300 sampel cebisan mayat telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA dan 30 peratus berjaya diselesaikan.
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah pertama mangsa nahas dituntut keluarga
Jenazah akan dihantar untuk dikebumikan di Sidam, Sungai Petani di Kedah seperti yang diminta oleh keluarganya.
Pesawat terhempas di Elmina: Laporan awal dalam 30 hari, orang awam diminta bantu siasatan
Siasatan teknikal berdasarkan ICAO Annex 13 dimulakan oleh pasukan BSKU bermula tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserah kepada waris
Beberapa individu dipercayai waris mangsa terlibat dilihat hadir seawal jam 8.20 pagi di pekarangan Jabatan Forensik, HTAR.
Pesawat terhempas di Elmina: Nahas timbul tanda tanya
Menurut Nik Ahmad Huzlan, pesawat mungkin hilang kawalan ketika berada pada ketinggian 1,500-3,000 kaki sebelum melakukan pendaratan.
Pesawat terhempas di Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'
Allahyarham rakan sejawat yang cukup memahami, sahabat paling rapat dan jadi tempat berkongsi pandangan serta luahan perasaan selama ini.