Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung insiden pesawat latihan miliknya, Aermacchi MB-339 terhempas di Kampung Pandan Dalam, Nenasi, Pahang Selasa lalu.
Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata siasatan merangkumi pelbagai aspek termasuk teknikal, kesilapan latihan dan kesilapan manusia.
"Di peringkat interim kita dapati kejadian berlaku menjurus kepada masalah teknikal, tetapi tidak disahkan lagi dan siasatan masih dijalankan.
"Untuk mengetahui punca ia mengambil masa, ia bergantung kepada keadaan. Kadang-kadang kita kena bawa analisis (siasatan) ke peringkat lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 54/2016 di Institut Latihan Tentera Udara di sini hari Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari pada Selasa itu, pelatih penerbangan Leftenan Mohd Hakimi Hairi patah kaki manakala jurulatih, Mejar Nazrul Hafiz Zaimi tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menjelas lanjut, Roslan berkata TUDM mempunyai sekumpulan pegawai yang berpengalaman untuk menjalankan siasatan.
Tambahnya TUDM juga akan menjalankan siasatan terhadap enjin pesawat latihan terbabit bagi menentukan sama ada ia boleh digunakan semula.
Roslan berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan dan TUDM mempunyai peraturan yang agak ketat sebelum sesebuah pesawat memulakan penerbangan.
"Kita ada beberapa check list, panduan, arahan yang perlu diikuti. Kita akan tengok semua sama ada ok...kalau semuanya berjaya barulah pesawat boleh terbang," katanya.
Sementara itu, Roslan menyambut baik kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Khamis lalu bahawa audit menyeluruh ke atas semua aset TUDM akan dilaksanakan oleh pihak ketiga bagi memastikan ia berada dalam keadaan terbaik.
Hishammuddin berkata proses audit itu perlu segera dijalankan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Pada majlis itu, seramai 353 perajurit menamatkan latihan asas ketenteraan yang bermula sejak 31 Dis lalu.
Bernama
Sat May 21 2016
TUDM mempunyai sekumpulan pegawai yang berpengalaman untuk menjalankan siasatan berkenaan kes tersebut. - Gambar fail
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Pesawat pejuang TUDM terhempas: Kotak hitam dihantar ke OEM untuk dianalisis
Kotak hitam pesawat latihan Aermacchi MB-339 dihantar untuk analisis bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan.
Pesawat terhempas disiasat menyeluruh - Panglima TUDM
Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata siasatan merangkumi pelbagai aspek termasuk teknikal, kesilapan latihan dan kesilapan manusia.
Pesawat pejuang TUDM terhempas di Pekan, dua anggota cedera ringan
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 12.50 tengahari selepas pesawat berkenaan mengalami masalah enjin.