KLANG: Proses bedah siasat dua mangsa nahas pesawat ringan di Kampung Tok Muda, Kapar, selesai pada jam 12.15 tengah hari tadi di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, proses tersebut bermula pada jam 10 pagi dan mengambil masa lebih dua jam.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa meninggal dunia kerana ‘pelbagai kecederaan akibat nahas pesawat’.
“Hasil bedah siasat dijalankan Jabatan Forensik HTAR, didapati bahawa punca kematian ialah ‘multiple injuries due to plane crash’.
“Hasil pemeriksaan cap jari terhadap mangsa-mangsa mendapati nama pertama ialah Daniel Yee Hsiang Khoon, 31 , dan mangsa kedua ialah Roshaan Singha Raina, 43.
“Punca nahas pesawat tersebut masih lagi dalam siasatan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU),” katanya.
Tambah beliau, pihak polis akan menyerahkan mayat kedua-dua mangsa kepada waris dalam masa terdekat namun buat masa ini, masih ada prosedur perlu dijalankan pihak hospital.
“Kita akan cuba sebaik mungkin untuk serahkan mayat kepada keluarga secepat mungkin,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di hadapan Jabatan Forensik HTAR di Klang pada Rabu.
Dalam pada itu, Vijaya Rao berkata setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada lima individu yang merupakan saksi kepada kejadian tersebut.
“Saya menasihatkan orang awam supaya tidak hantar atau kongsi apa-apa gambar, video yang ada berkaitan dengan kejadian ini khasnya di lokasi kejadian.
“Ini supaya kita menghormati sensitiviti keluarga yang terlibat,” katanya.
Pada Selasa, sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang.
Kedua-dua mangsa pesawat berkenaan ditemukan berada di dalam kokpit pesawat pada kedalaman 1.52 meter di dalam tanah.
Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 7.06 malam disusuli mangsa kedua 11 minit kemudian.
Ridauddin Daud
Wed Feb 14 2024

Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, proses tersebut bermula pada jam 10 pagi dan mengambil masa lebih dua jam.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Pesawat terhempas di Klang: Waris selesai tuntut mayat mangsa
Pesawat terhempas di Klang: Waris selesai tuntut mayat mangsa

Pesawat terhempas di Klang: 'Serpihan sayap jatuh depan rumah amanah perlu saya jaga'
Seorang penduduk Kampung Tok Muda, Kapar di sini tidak sangka apabila serpihan pesawat ringan jatuh di kawasan rumahnya.

Pesawat terhempas di Klang: Proses bawa keluar bangkai dijangka selesai hari ini
Usaha membawa keluar serpihan pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di kawasan kebun Kampung Tok Muda, bermula pada pagi Rabu.

Pesawat terhempas di Klang: 'Punca kematian disah akibat pelbagai kecederaan' - Polis
Pesawat terhempas: Bedah siasat selesai, punca kematian pelbagai kecederaan akibat nahas pesawat - Polis

Pesawat ringan terhempas di Klang: Saksi lihat sayap patah di udara
Kejadian pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, di sini, mengejutkan penduduk terutama saksi yang melihat sendiri ia terjunam dari udara.

Pesawat ringan terhempas di Klang: Unit Dron PDRM bantu cari mangsa
Unit Dron PDRM digerakkan untuk menjalankan usaha mencari dua mangsa nahas melibatkan pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar pada Selasa.

Pesawat ringan terhempas di Klang: Penduduk dengar letupan dua kali
Penduduk di lokasi pesawat ringan terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar, mendengar letupan dua kali sebelum nahas.