KUALA LUMPUR: Tiada panggilan kecemasan atau mayday daripada juruterbang pesawat yang terhempas di Elmina di Shah Alam pada Khamis, mungkin disebabkan juruterbang sedang berusaha mengatasi masalah yang timbul secara tiba-tiba.
Pakar penerbangan dan bekas juruterbang, Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussein berpendapat, terdapat kemungkinan masalah timbul selepas pesawat itu diberikan kebenaran untuk mendarat.
"Dalam kejadian ini, komunikasi terakhir adalah pesawat diberi kebenaran mendarat. Ini bermakna pesawat stabil untuk mendarat, mungkin flap pun sudah keluar, saya tak pasti, mungkin tayar sudah keluar tetapi nampak dari video macam belum keluar... tetapi itu bukan perkara pelik kerana ada sesetengah juruterbang (akan keluarkan) tayar sedikit lewat.
"Jadi sampai ke peringkat juruterbang dapat landing clearance, tak ada masalah. Tetapi dua minit selepas itu, kecelakaan terjadi. Jadi ada kemungkinan masalah terjadi dalam tempoh dua minit itu.
"Tak ada panggilan mayday... kerana apabila terjadi kecemasan, juruterbang perlu buat tiga perkara, iaitu aviate, navigate dan communicate.
"Kawal pesawat, kalau dapat kawal, tengok hala tuju pesawat, pastikan tidak menuju ke bukit dan sebagainya. Selepas itu kita akan berhubung dengan tower, beritahu kita ada masalah.
"Nampaknya juruterbang mungkin bertungkus-lumus sedang aviate atau kawal pesawat, jadi tak ada masa untuk dia bercakap, buat panggilan kecemasan dan mayday sebab fokus dia nak selamatkan pesawat.
"Pada saya benda ini terjadi dalam sekelip mata, mengejutkan sebab juruterbang tak jangka ia terjadi," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Jumaat.
Jelasnya lagi, berdasarkan profil penerbangan, tiada sebarang perkara luar biasa berlaku, termasuk dari segi ketinggian, pergerakan dan komunikasi juruterbang, sekali gus mungkin membawa kepada petanda bahawa tiada masalah sepanjang penerbangan.
Beliau juga tidak melihat adanya masalah dari segi usia pesawat itu yang mempunyai tarikh pembuatan pada 2004, atau masalah lain berkaitan muatan dan keseimbangan.
"Penggunaan pesawat peribadi terhad... penggunaan harian bukan macam pesawat komersial Boeing 737 yang dibeli untuk bawa penumpang, sehari naik turun lebih dari 10 kali.
"Pesawat persendirian dari segi penggunaannya kurang, jadi walaupun usia pesawat 20 tahun tetapi ia dijaga seperti yang sepatutnya, saya tidak nampak ada masalah," ujarnya.
Tragedi pada Khamis itu meragut nyawa 10 individu termasuk seorang kenamaan.
Lapan daripada mangsa ialah enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.
Pesawat malang itu sedang dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat 2.50 petang.
Madiha Abdullah
Fri Aug 18 2023
Tragedi pada Khamis itu meragut nyawa 10 individu termasuk seorang kenamaan. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Nahas Elmina: Mangsa pesawat terhempas tidak mungkin dapat diselamatkan - AAIB
Laporan setebal 60 halaman itu mengatakan bahawa pecutan jangka pendek (0.1-0.5 saat) yang biasa dilihat dalam perlanggaran pada kelajuan tinggi membawa kepada kematian penumpang pesawat.
Laporan nahas Elmina dimuat naik di laman sesawang MoT 10 pagi esok - Anthony Loke
Laporan nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa selepas terhempas di Lebuhraya Guthrie bulan lepas akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan esok.
Jasa 2 juruterbang pesawat terhempas di Elmina diiktiraf Pengakap Malaysia
Dua juruterbang yang terkorban nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lepas, mendapat Pingat Anugerah Presiden oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
Nahas Elmina: Laporan awal dikeluarkan Jumaat ini - Anthony Loke
Laporan awal nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu, akan dikeluarkan Jumaat ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
DUN Pahang rakam takziah kepada keluarga Allahyarham Johari Harun
DUN Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Johari Harun.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas Elmina: Pasukan penyiasat berjaya peroleh rakaman suara 30 minit terakhir
Anthony Loke berkata pasukan siasatan juga berjaya memperoleh rakaman suara 30 minit terakhir sehingga berlakunya nahas pada ketika itu.
Nahas Elmina: "Oyen okey, perlu masa untuk sembuh"
Kucing jantan itu dilaporkan mengalami luka di bahagian rusuk, dipercayai terkena serpihan semasa nahas.
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda Kampung Jerung, di Sungai Petani.
Pesawat terhempas di Elmina: Isteri ADUN Pelangai hadir ke HTAR
Isteri Datuk Seri Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam dilihat hadir ke Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Sabtu.
Pesawat terhempas di Elmina: Allahyarham Hafiz anak yang baik - Ibu
"Masih terngiang lagi perbualan dengan Allahyarham, demikian luah ibu kepada Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam.