KLANG: "Jika saya meninggal dunia, kebumikan saya di kampung halaman", itu pesanan Khairil Azwan Jamaluddin, 43, yang merupakan antara yang tersenarai dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, petang semalam.
Pesanan itu diberikan kepada isterinya Nizatul Akmar Mohd Nasir, 43, awal bulan ini ketika menyumbang kepada khairat kematian.
"Dia ada pesan supaya dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Mempaga, Bentong, Pahang jika meninggal dunia kerana mahu saya dan anak-anak pulang ke kampung untuk menziarah dan melawat keluarga.
"Saya akan penuhi hasrat dia dan sudah tentu keluarga pun mahu begitu juga," katanya ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini, malam tadi.
Nizatul Akmar berkata, sebelum penerbangan itu, suaminya menghubunginya pada pukul 1.40 tengah hari memberitahu penerbangannya pada pukul 2 petang dan dijangka tiba kira-kira 4 petang serta memintanya supaya menjaga diri.
"Suami sangat teruja dengan penerbangan kali ini... selalunya jika dia bersama Datuk Seri Johari Harun dia akan mengendalikan helikopter selaku juruterbang peribadinya tapi kali ini dia sebagai penumpang.
"Tak sangka itu adalah panggilan terakhirnya," katanya.
Beliau berkata, suaminya merupakan seorang yang amat mengutamakan keluarga dan kebajikan ibu bapa serta adik-beradiknya.
Nizatul Akmar berkata, pada mulanya beliau enggan mempercayai pesawat yang dinaiki suaminya terlibat dalam nahas itu dan berusaha untuk menghubungi individu yang menaiki penerbangan bersama suaminya tetapi gagal.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina, 10 terkorban
Beliau kemudian mengambil keputusan untuk menghubungi isteri Johari yang memberitahu pesawat dinaiki suami mereka terlibat dalam nahas itu.
"Saya bergerak ke sini dari Seremban selepas Maghrib tadi bagi tujuan pengecaman jenazah," katanya.
Khairil Azwan meninggalkan tiga anak, kesemuanya lelaki berusia antara 10 hingga 14 tahun.
Nama Khairil Azwan dan Johari berada dalam senarai penumpang pesawat namun identiti mangsa perlu disahkan melalui proses forensik.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tiada penumpang yang selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
Nizatul Akmar berkata, sebelum penerbangan itu, suaminya menghubunginya pada pukul 1.40 tengah hari memberitahu penerbangannya pada pukul 2 petang dan dijangka tiba kira-kira 4 petang. --fotoBERNAMA
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Elmina: Kesemua 10 jenazah mangsa selesai dituntut
Mangsa pertama dibawa keluar dari Jabatan Forensik HTAR menaiki van jenazah pada pukul 9.27 pagi dan terakhir pada pukul 11.35 pagi.
Pesawat terhempas di Elmina: Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat
Pengesahan dibuat selepas semua spesimen cebisan anggota badan yang ditemukan di lokasi nahas padan dengan ujian DNA ahli keluarga.
Pesawat terhempas di Elmina: Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas
Jenazah kesemua mangsa akan mula diserahkan kepada keluarga secara berperingkat bermula pagi ini.
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini
Jenazah dijangka dibawa keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kira-kira jam 9 pagi.
Pesawat terhempas di Elmina: Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA
Sebanyak 300 sampel cebisan mayat telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA dan 30 peratus berjaya diselesaikan.
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah pertama mangsa nahas dituntut keluarga
Jenazah akan dihantar untuk dikebumikan di Sidam, Sungai Petani di Kedah seperti yang diminta oleh keluarganya.
Pesawat terhempas di Elmina: Laporan awal dalam 30 hari, orang awam diminta bantu siasatan
Siasatan teknikal berdasarkan ICAO Annex 13 dimulakan oleh pasukan BSKU bermula tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserah kepada waris
Beberapa individu dipercayai waris mangsa terlibat dilihat hadir seawal jam 8.20 pagi di pekarangan Jabatan Forensik, HTAR.
Pesawat terhempas di Elmina: Nahas timbul tanda tanya
Menurut Nik Ahmad Huzlan, pesawat mungkin hilang kawalan ketika berada pada ketinggian 1,500-3,000 kaki sebelum melakukan pendaratan.
Pesawat terhempas di Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'
Allahyarham rakan sejawat yang cukup memahami, sahabat paling rapat dan jadi tempat berkongsi pandangan serta luahan perasaan selama ini.