SHAH ALAM: Hanya satu daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis BeeChcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, di sini, semalam, ditemukan dalam keadaan sempurna, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata, dalam kejadian di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di sini, petang semalam, kesemua mangsa terdiri daripada dua kru pesawat, enam penumpang, seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta.
Katanya, mayat sempurna itu ditemukan iaitu penunggang motosikal dan identiti mangsa dikenal pasti sementara menunggu proses pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh ahli keluarga.
"Identiti pemandu kereta belum dikenal pasti, sama ada ia merupakan pemandu Grab dan membawa penumpang ataupun tidak," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, malam tadi.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Seri Johari Harun adalah antara nama yang tersenarai dalam manifest penumpang pesawat tersebut pada jam kira-kira 2.50 petang semalam.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina, 10 terkorban
Turut tersenarai adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin; Shaharul Amir Omar; Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi; Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib.
Bagaimanapun, Loke berkata, identiti dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden itu akan disahkan melalui siasatan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
![Pesawat terhempas di Elmina: Hanya satu mayat ditemukan dalam keadaan sempurna - KPN Pesawat terhempas di Elmina: Hanya satu mayat ditemukan dalam keadaan sempurna - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692309218_MotosikalMangsa.jpg)
Keadaan motosikal yang turut terbakar di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Shah Alam, 17 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
Parti pimpinan Imran Khan diharamkan di Pakistan
Tehreek E-Insaf (PTI) iaitu parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Pakistan yang dipenjara, Imran Khan diharamkan oleh kerajaan negara itu. Keputusan itu seperti yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Maklumat, Ataullah Tarar pada isnin.
KP Sharma Oli angkat sumpah sebagai PM Nepal
Khadga Prasad Sharma Oli, pengerusi Parti Komunis Nepal (Unified Marxist Leninist) (CPN-UML), mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Nepal yang baharu pada Isnin. Beliau yang berusia 72 tahun melaksanakan ikrar di hadapan Presiden Ram Chandra Poudel, sekali gus menjadikan beliau empat kali memegang jawatan itu sepanjang penglibatannya dalam politik Nepal.
Keputusan Speaker: Kuasa speaker tidak diperjelas - Penganalisis
Kelompangan yang sangat jelas ketika ini ialah akta tersebut tidak menjelaskan dengan jelas bahawa kuasa speaker adalah secara pentadbiran sahaja dan bukan bertindak sebagai hakim.
![Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713584546_KhanYounis.jpg)
Pembersihan runtuhan di Gaza akibat serangan Israel makan masa 15 tahun - Agensi PBB
UNRWA berkata pemindahan sisa perang di Gaza akan memerlukan lebih daripada 100 lori dan kos melebihi AS$500 juta.
Keputusan Speaker: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal satu undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Pameran WIPO promosi industri kreatif dan produk harta intelek ASEAN
Malaysia amat komited untuk terus mengembangkan potensi harta intelek sebagai pemangkin dan enjin utama pertumbuhan negara.
39,019 warganegara didaftar automatik pemilih baharu
Seramai 39,019 orang warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan automatik sebagai pemilih baharu dalam daftar pemilih tambahan bulan Mei tahun 2024 (DPT BLN5/2024) dalam tempoh 1 hingga 31 Mei lepas.
Bursa, PRIBUMI lancar indeks zakat pertama di dunia
Bursa Malaysia dan PRIBUMI melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) untuk mengiktiraf syarikat tersenarai yang membayar zakat. Indeks ini mengandungi 27 konstituen dari pelbagai sektor. PBMZI bertujuan menggalakkan lebih banyak sumbangan zakat daripada syarikat tersenarai.
![Nahas Elmina: Peluang kenal pasti punca tipis Nahas Elmina: Peluang kenal pasti punca tipis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692749802_TBNahasElmina.jpg)
Nahas Elmina: Peluang kenal pasti punca tipis
Sekiranya fasa mengeluarkan data daripada CVR itu gagal dibuat, maka perkara yang boleh dilakukan hanyalah andaian.
![Pesawat terhempas di Elmina: Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut Pesawat terhempas di Elmina: Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692459760_HusseinOmarKhan.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Proses pemadanan DNA selesai, semua jenazah boleh dituntut
Sembilan jenazah mangsa nahas pesawat dekat Elmina, Seksyen U16 Shah Alam akan diserahkan kepada waris pada Ahad.
![Pesawat terhempas di Elmina: Kerajaan sedia bantu keluarga Muhamad Hafiz - Steven Sim Pesawat terhempas di Elmina: Kerajaan sedia bantu keluarga Muhamad Hafiz - Steven Sim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692444851_TimbalanMenteriKew.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Kerajaan sedia bantu keluarga Muhamad Hafiz - Steven Sim
Steven Sim berkata pihaknya juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz di Kuala Lumpur.
![Pesawat terhempas di Elmina: Grab Malaysia bantu keluarga Sharipuddin Pesawat terhempas di Elmina: Grab Malaysia bantu keluarga Sharipuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671096502_Grablogo.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Grab Malaysia bantu keluarga Sharipuddin
Grab Malaysia memaklumkan di samping faedah perlindungan insurans, pihaknya juga akan memastikan waris mangsa menerima lebih banyak bantuan lain.
![Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692372778_HusseinOmarKhan.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Satu jenazah mangsa nahas diserah kepada keluarga esok
Satu jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam akan diserah kepada keluarga esok pagi, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
![Pesawat terhempas di Elmina: Hajat pulang melepas rindu ibu tidak kesampaian - Kakak pemandu Grab Pesawat terhempas di Elmina: Hajat pulang melepas rindu ibu tidak kesampaian - Kakak pemandu Grab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692369902_Kakakmangsa.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Hajat pulang melepas rindu ibu tidak kesampaian - Kakak pemandu Grab
Ramlah berkata kali terakhir Sharipuddin yang bertugas sebagai pemandu e-hailing, menghubunginya pada dua minggu lepas.
![Pengambilan sampel DNA pada mayat tidak sempurna daripada tisu dan tulang - Pakar Pengambilan sampel DNA pada mayat tidak sempurna daripada tisu dan tulang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692367676_nahaspesawatterhem.jpg)
Pengambilan sampel DNA pada mayat tidak sempurna daripada tisu dan tulang - Pakar
Pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mayat yang tidak sempurna adalah dengan mendapatkannya daripada tisu atau tulang sebelum melaksanakan proses pemadanan dengan DNA waris mangsa.
![Pesawat terhempas di Elmina: Masalah pada sayap mungkin faktor nahas - Ahmad Samsuri Pesawat terhempas di Elmina: Masalah pada sayap mungkin faktor nahas - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687862902_SamsuriMokhtar.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Masalah pada sayap mungkin faktor nahas - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri berkata berdasarkan bahan-bahan visual yang diperoleh orang awam masalah dialami pesawat itu mungkin disebabkan kegagalan sama ada aileron atau gabungan kedua-dua kemudi atau elevator.
![Pesawat terhempas di Elmina: Tempoh analisis bergantung kepada keadaan CVR - Azharuddin Pesawat terhempas di Elmina: Tempoh analisis bergantung kepada keadaan CVR - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/51438707215_AzharuddinAbdRahma.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Tempoh analisis bergantung kepada keadaan CVR - Azharuddin
CVR mempunyai cip yang boleh dimuat turun oleh BSKU bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan nahas tersebut.
![Pesawat terhempas di Elmina: Waris tiba di HTAR untuk pengecaman mayat Pesawat terhempas di Elmina: Waris tiba di HTAR untuk pengecaman mayat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692326770_pesawatterhempas.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Waris tiba di HTAR untuk pengecaman mayat
Waris-waris mangsa berhimpun di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.