Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) jenis Airbus A330-300 dilapor hilang bekalan kuasa untuk seketika pada kedua-dua enjinnya ketika dalam penerbangan.
Memetik laporan AFP, penerbangan SQ836 yang sedang menuju ke Shanghai dari Changi, mengalami masalah teknikal ketika berada pada ketinggian 39,000 kaki (kira-kira 11.9 km) iaitu selepas 3.5 jam pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Changi.
Menurut jurucakap Singapore Airlines (SIA), kedua-dua enjin pesawat berkenaan kehilangan bekalan kuasa dan juruterbang telah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) untuk menghidupkan semula enjin tersebut.
Pesawat yang membawa 182 penumpang dan 12 anak kapal akhirnya selamat mendarat pada jam 10.56 waktu tempatan.
Difahamkan, enjin pesawat berkenaan telah diperiksa dan diuji dengan teliti sejurus selepas penerbangan itu tiba di Shangai, namun tiada ada kerosakan dikesan.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu sedang menyiasat punca kejadian dengan pembuat enjin, Rolls-Royce dan Airbus.
Astro Awani
Wed May 27 2015
Sebuah Pesawat Singapore Airlines (SIA) jenis Airbus A330-300 dilaporkan hilang bekalan kuasa untuk sementara waktu di kedua-dua enjin ketika dalam penerbangan.
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
PRU15: Elak kerja pengorekan tanah pada hari pengundian - TNB
TNB juga menangguhkan kerja-kerja sedemikian mulai semalam di samping memberikan tumpuan bagi memastikan kestabilan bekalan sepanjang PRU15.
Lapan maut selepas Siklon Fani badai negeri Odisha, India
Tiga orang termasuk seorang remaja lelaki, telah dilaporkan terbunuh di daerah Puri manakala tiga lagi di Bhubaneswar dan kawasan berhampiran.
Trami sudah mengganas! 700,000 isi rumah diperintah berpindah
Bekalan kuasa turut terputus di banyak tempat selain proses evakuasi yang sekali lagi dikuatkuasakan meskipun di kawasan yang baru dilanda Taufan Jebi bulan lalu.
Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson tidak lagi bergelap
Lapangan terbang paling sibuk di dunia, Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta kembali pulih seperti biasa.
Pesawat SIA nyaris terhempas apabila dua enjin hilang bekalan kuasa
Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) jenis Airbus A330-300 dilapor hilang bekalan kuasa seketika pada kedua-dua enjinnya ketika dalam penerbangan.