IPOH: Seorang wanita warga emas di daerah Kerian mengalami kerugian RM485,000 akibat terpedaya dengan penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata wanita berusia 72 tahun itu yang merupakan seorang pesara swasta, membuat laporan polis pada pukul 11.40 pagi semalam.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah dihubungi oleh seorang lelaki pada 4 Ogos lalu, yang mendakwa dari sebuah syarikat penghantaran kononnya mangsa ada membuat penghantaran bungkusan yang tidak berjaya dihantar kepada penerima.
"Suspek turut memaklumkan bungkusan tersebut mengandungi kad kredit, cip kad pengenalan dan kad ATM. Mangsa bagaimanapun menafikan perkara tersebut.
"Mangsa kemudiannya telah disambungkan panggilan kepada dua individu yang menyamar sebagai pegawai polis masing-masing dari Ibu Pejabat Polis Ipoh dan Bukit Aman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Yusri berkata mangsa telah diperdaya dengan dituduh terlibat berkaitan kes pemerdagangan manusia dan penggubahan wang haram, serta diugut akan ditangkap dan dipenjarakan.
"Mangsa yang ketakutan kemudiannya telah bertindak mengikut arahan yang diberikan oleh suspek, dengan memindahkan kesemua wang milik mangsa ke dalam akaun yang diberikan suspek, bagi mengelakkan daripada wang mangsa dirampas dan dibekukan," katanya.
Mohd Yusri berkata suspek turut berjanji untuk memulangkan wang tersebut setelah siasatan selesai dan suspek turut mengarahkan mangsa untuk tidak memaklumkan perkara ini kepada sesiapa, kononnya bagi mengelakkan siasatan terganggu.
"Bermula 8 Ogos sehingga 6 Sept lalu, mangsa telah melakukan sebanyak 34 kali pindahan wang di mesin ATM sekitar daerah Kerian dan Nibong Tebal di Pulau Pinang ke dalam 11 akaun bank milik seorang individu.
"Mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah perbuatan mangsa tersebut dicurigai oleh anak saudara, yang datang melawat sewaktu mangsa ingin keluar membuat pindahan wang berikutnya dan menceritakan segalanya setelah didesak oleh keluarga dan membuat laporan polis," katanya.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023
![Pesara wanita di Kerian kerugian RM485,000 ditipu phone scam Pesara wanita di Kerian kerugian RM485,000 ditipu phone scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688186169_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah perbuatan mangsa tersebut dicurigai oleh anak saudara, yang datang melawat sewaktu mangsa ingin keluar membuat pindahan wang. - Gambar hiasan
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
![Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Sindiket 'phone scam' makin berani, tipu pesara RM70,000 dengan taktik bersemuka
Polis turut menegaskan pindahan panggilan antara agensi khususnya dalam kes 'phone scam' bukanlah cara kerja agensi kerajaan.
![Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam' Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738652386_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.
![Mahasiswa rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket phone scam Mahasiswa rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket phone scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Mahasiswa rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket "phone scam"
Seorang mahasiswa kerugian dianggarkan RM147,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.
![Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam' Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726485136_scmageneric.jpg)
Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.
![Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam' Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737025396_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).
![Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam' Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
![Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam' Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733205879_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
![Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya 'phone scam' Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya 'phone scam'
Seorang pesara guru kerugian RM1.7 juta selepas diperdaya pemanggil yang menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada Ogos lepas.
![Kerani akaun rugi lebih RM400,000 terperdaya 'phone scam' Kerani akaun rugi lebih RM400,000 terperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726737106_scmageneric.jpg)
Kerani akaun rugi lebih RM400,000 terperdaya 'phone scam'
Polis menerima laporan mengenai kejadian itu semalam daripada mangsa, seorang wanita warga tempatan berusia 45 tahun.
![Pesara guru rugi lebih RM200,000 akibat sindiket penipuan telefon Pesara guru rugi lebih RM200,000 akibat sindiket penipuan telefon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726485136_scmageneric.jpg)
Pesara guru rugi lebih RM200,000 akibat sindiket penipuan telefon
Wang sebanyak RM201,900 merupakan hasil pampasan persaraan serta simpanan milik mangsa seorang pesara guru wanita berusia 65 tahun.