Seorang pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) meninggal dunia di dalam kereta yang dipandunya ketika dalam perjalanan pulang selepas memesan bekalan arang.
Kejadian berlaku di Jalan Merang berhampiran Kampung Baru Merang, pada kira-kira jam 8.30 pagi Selasa.
Mangsa, Din Abdullah, 66 tahun yang memandu kereta jenis Proton Waja bersama rakannya berusia 64 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Setiu ke Batu Rakit.
Mangsa yang mengadu dahaga, berhenti di tepi jalan dan meminta rakannya untuk menggantikannya.
Bagaimanpun, dia kemudiannya meneruskan perjalanan sebelum kenderaan berkenaan terhenti apabila mangsa tidak sedarkan diri.
Rakan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang hadapan bergegas meminta bantuan penduduk berhampiran dan menghubungi ahli keluarga mangsa.
Sementara itu, seorang saksi, Azahari Alias, 43 tahun berkata dia melihat kereta itu dipandu sangat perlahan sebelum rakan mangsa memaklumkan mengenai kejadian itu.
"Saya nampak dia, di depan kedai depan rumah tu. Dia berhenti kereta, dan kawan dia minta tolong dan saya pergi ke situ.
"Saya tengok dah tak ada dah (meninggal dunia). Biru habis dah kaki dan tangan, tetpai dia sempat berhentikan kereta," katanya.
Mangsa yang beralamat di Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit, Kuala Nerus dikatakan menghidap penyakit jantung dan beberapa penyakit kronik lain.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Burhanuddin Mustafa ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Jenazah kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.
Astro Awani
Tue Dec 03 2019
![Pesara TNB meninggal dunia ketika memandu Pesara TNB meninggal dunia ketika memandu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41575374455_TBPESARAMENINGGAL.jpg)
Mangsa yang memandu kereta jenis Proton Waja bersama rakannya berusia 64 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Setiu ke Batu Rakit. - Foto Astro AWANI
![Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739369242_AdelJumaaMenteri.jpg)
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
![Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
Consider This: Data Centres — What’s In It for Malaysia?
In the past couple of years, Malaysia has emerged as Southeast Asia’s leading investment destination for data centres. But amidst the buzz, concerns are mounting. Data centres are electricity and water guzzlers—straining national resources without necessarily delivering high-skilled jobs or significant economic value. So how do we ensure that these investments truly benefit the nation? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Ong Kian Ming, Pro Vice-Chancellor for External Engagement at Taylor’s University. He previously served as Deputy International Trade and Industry Minister.
AWANI Tonight: Last Saturday of September is Malaysia's Cleanup Day
Malaysia will designate the last Saturday of every September as Malaysia Cleanup Day, with the Housing and Local Government Ministry leading the annual nationwide program approved by the Cabinet.
AWANI Tonight: Trump orders large-scale cuts in federal workforce
U.S. President Donald Trump has signed another executive order to reduce the federal workforce, directing agencies to work with top adviser Elon Musk and identify employees to be laid off
![Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738640785_PPS.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam.
AWANI 7:45 [12/2/2025] – Sukar batalkan anak syarikat| Kenapa lantikan?| Enggan serah Gaza| Rasuah dan pengubahan wang haram
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
1. Larangan tubuh syarikat, ribuan syarikat agensi kerajaan rugi besar
2. Lantik tiga syarikat pusat pemeriksaan kenderaan, tidak rugikan kerajaan
3. Biar kami mati, Gaza tetap bersama kami
4. Kenapa Ops Sky? Sebabnya terlalu mudah melangit dapatkan kelulusan, laporan eksklusif bersama Tan Sri Azam Baki
1. Larangan tubuh syarikat, ribuan syarikat agensi kerajaan rugi besar
2. Lantik tiga syarikat pusat pemeriksaan kenderaan, tidak rugikan kerajaan
3. Biar kami mati, Gaza tetap bersama kami
4. Kenapa Ops Sky? Sebabnya terlalu mudah melangit dapatkan kelulusan, laporan eksklusif bersama Tan Sri Azam Baki
AWANI Ringkas: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Akta Kontrak: Jawatankuasa semakan diberi 18 bulan laksana kajian menyeluruh Akta Kontrak: Jawatankuasa semakan diberi 18 bulan laksana kajian menyeluruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Akta Kontrak: Jawatankuasa semakan diberi 18 bulan laksana kajian menyeluruh
Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Undang-Undang Kontrak diberikan tempoh 18 bulan untuk melaksanakan semakan dan kajian menyeluruh terhadap Akta Kontrak 1950 (Akta 136).
![Pesara TNB meninggal dunia ketika memandu Pesara TNB meninggal dunia ketika memandu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41575374455_TBPESARAMENINGGAL.jpg)
Pesara TNB meninggal dunia ketika memandu
Seorang pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) meninggal dunia di dalam kereta yang dipandunya ketika dalam perjalanan pulang selepas memesan bekalan arang.