KOTA BHARU: Seorang lelaki ditemukan rentung di dalam sebuah van yang hangus terbakar berdekatan Kampung Bechah Kura, Peringat, dekat sini, petang Khamis.
Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata mayat itu dijumpai di tempat duduk pemandu kira-kira 4.45 petang.
"Laporan penemuan mayat itu dibuat oleh orang awam di Balai Polis Melor pada kira-kira 4 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Tempat kejadian merupakan laluan di kawasan semak berhampiran sawah padi dan jarak tempat kejadian dari jalan kampung berturap dan rumah berhampiran adalah kira-kira 100 meter," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.
Abdullah berkata ketika pihaknya sedang menjalankan siasatan, seorang lelaki berusia 19 tahun telah datang ke lokasi kejadian dan mengesahkan bahawa van dan mayat yang terbakar itu adalah bapanya.
"Lelaki itu mendakwa bapanya telah keluar rumah berseorangan pada 5 petang semalam dengan memandu van jenis Toyota Liteace berwarna ungu dah tidak pulang ke rumah serta gagal dihubungi.
"Namun, lelaki itu memberitahu tiada laporan polis yang dibuat berkaitan kehilangan bapanya," katanya.
Mengulas lanjut, Abdullah berkata berdasarkan maklumat lelaki yang mendakwa anak kepada mangsa, bapanya adalah seorang pesara tentera berusia 59 tahun dan mempunyai masalah kesihatan.
Menurut beliau siasatan awal di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini bagi tujuan bedah siasat dan pemeriksaan lanjut," katanya.
Bernama
Thu Jul 15 2021
Polis sedang menjalankan siasatan, seorang lelaki berusia 19 tahun telah datang ke lokasi kejadian dan mengesahkan bahawa van dan mayat yang terbakar itu adalah bapanya. - Gambar hiasan
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Pesara tentera ditemukan rentung dalam van di Peringat
Seorang lelaki ditemukan rentung di dalam sebuah van yang hangus terbakar berdekatan Kampung Bechah Kura, Peringat, dekat sini, petang tadi.