Tidak kiralah ia disambut dengan meriah atau sederhana, namun Hari Ibu merupakan hari yang penting untuk kita semua mengingati pegorbanan seorang wanita untuk memberikan kehidupan yang selesa dan kebahagian untuk anak-anaknya.

Hari yang istimewa ini disambut pada Ahad kedua bulai Mei, termasuk masyarakat Malaysia.

Kami di Astro AWANI memberi peluang kepada pembaca kami untuk kongsi gambar dan mesej mengapa ibu mereka begitu istimewa.

Penyanyi Anding Indrawani antara yang terawal untuk kongsi gambar beliau bersama ibunya menerusi hashtag #501AwaniHappyMothersDay.

Beliau menjelaskan bahawa ibu beliau sedang bekerja di hari yang sepatutnya beliau diraikan.

"Dalam usianya, beliau sepatutnya pencen dan rehat. Tapi bukan beliau kerana kenyataanya beliau seorang 'workaholic'," kongsi Anding di Instagram.



Wartawan Astro AWANI Haider Yutim turut kongsi gambar beliau bersama ibunya Rahmah Mat Sab.

Ibu beliau meninggal dunia pada November tahun lepas.

Berikut adalah mesej dari Haider dalam mengenang jasa dan pengorbanan ibunya:



Pengguna Instagram @jeemhd juga mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana sentiasa berada di sisinga dan sering memberikan masa, wang ringgit dan tenaga untuk membesarkan beliau: