"Jika anda menghidap kanser, jangan berahsia dan jangan menderita sendirian," kata pesakit kanser Ahmad Zaki Mohd Suhaimi.
Sebagai seorang juruterbang, beliau aktif sepanjang masa. Bermain skuasy, berenang, menyertai triathlon dan larian adalah antara aktiviti kegemarannya, malah tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa suatu hari nanti beliau akan mendengar tiga patah perkataan yang paling menyakitkan iaitu 'anda menghidap kanser' daripada doktornya pada Mac 2015.
Ahmad Zaki, 45, berkongsi dengan Bernama, kisah perjalanan hidupnya sejak didiagnos menghidap kanser kolorektal dan betapa pentingnya untuk menjalani pengesanan dan pemeriksaan awal.
"Gejala awal bermula dengan sembelit dan pendarahan rektum pada Disember 2014 tetapi saya tidak menghiraukannya untuk seketika kerana sibuk dengan penerbangan, berlari dan berbasikal. Kemudian apabila kembali ke Kuala Lumpur, saya mula berasa tidak selesa, menjangka bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan, saya segera membuat temu janji dengan doktor di Seremban.
"Dia memeriksa dan memberitahu bahawa 'ada sesuatu', dan saya perlu menjalani kolonoskopi. Prosesnya tidak menyakitkan tetapi sedikit tidak selesa. Kemudian doktor beritahu bahawa saya mungkin mempunyai masalah yang serius. Ia mungkin kanser," kata juruterbang Etihad Airways itu ketika ditemui di 'Wear it Blue Forum' di sini baru-baru ini.
Ahmad Zaki teringat bagaimana doktor melakukan pelbagai ujian lanjutan dan menjelaskan secara mendalam tentang penyakit yang dihadapinya sebelum mengesahkan diagnosis.
Menurut American Cancer Society, kanser kolorektal adalah kanser yang bermula pada kolon atau rektum. Kanser itu dinamakan kanser kolon atau kanser rektum, bergantung di mana ia bermula.
Kebanyakan kanser kolorektal bermula sebagai satu tumbuhan yang dipanggil polip pada lapisan dalam kolon atau rektum. Sesetengah jenis polip boleh bertukar menjadi kanser setelah beberapa tahun tetapi tidak semua demikian.
Ahmad Zaki memberitahu bahawa beliau langsung tidak menyangka bagaimana boleh menghidap kanser sedangkan beliau sentiasa aktif dan tidak ada sejarah penyakit kanser dalam keluarganya.
"Tetapi, perkara ini (kanser) tidak memilih sama ada anda sesuai atau tidak, dan ia tidak berlaku semalaman. Saya telah melalui tiga pembedahan sejak itu dan menjalani kehidupan dengan beg kolostomi dan air kencing pada tubuh selama enam bulan," katanya yang menghidapi kanser tahap ketiga.
Bapa kepada empat anak itu menyangka dirinya telah benar-benar 'bebas' daripada kanser sehingga doktor mendapati masih terdapat sel-sel kanser yang aktif berhampiran hati dan paru-parunya selepas pemeriksaan tomografi emisi positron (PET) yang dilakukan pada awal bulan Februari lepas.
Ahmad Zaki tetap positif dan tabah. Beliau perlu menghadiri lima lagi sesi kemoterapi dan sementara itu beliau sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan menikmati pelbagai makanan kegemarannya.
"Terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang sangat menyokong saya selama ini. Ada yang kata 'kesian', tetapi bukan 'kesian' yang mereka mahu, hanya bercakap dengan mereka sudah cukup, maksud saya jangan biarkan mereka sendirian," kata Ahmad Zaki.
Pakar Bedah Am dan Kolorektal di Hospital Pantai Kuala Lumpur Datuk Dr Meheshinder Singh berkata walaupun kanser kolorektal menjadi kebimbangan utama orang ramai namun ia boleh dicegah dan dapat dirawat sekiranya dikesan pada peringkat awal.
"Malang sekali kerana kebanyakan kes kanser kolorektal hanya dirujuk kepada kami ketika tahap akhir, ia adalah kanser kedua yang paling biasa di Malaysia pada masa kini yang juga kanser nombor satu dihidapi kaum lelaki dan kedua dalam kalangan wanita.
"Amat menyedihkan keadaan ini berlaku dalam sebuah negara yang mempunyai akses penjagaan kesihatan yang baik namun pesakit hanya mendapatkan rawatan ketika tahap akhir, oleh itu perlu ada teknik saringan pengesanan awal yang betul," katanya.
Sehubungan itu, Dr Meheshinder menasihati orang ramai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian darah dalam najis, ujian makmal yang digunakan untuk memeriksa sampel najis bagi mengesan tanda-tanda awal kanser kolorektal.
Malang sekali, walaupun seseorang seperti Ahmad Zaki yang telah menjalani gaya hidup sihat masih menghidapi kanser, namun amalan gaya hidup yang sihat tetap penting.
Dietitian Kanan di Hospital Pantai Kuala Lumpur Ong Min Ying berkata gaya hidup sihat mampu mengubah kehidupan seseorang.
"Pastikan berat badan sentiasa dalam lingkungan yang sesuai dan sihat, kerana obesiti meningkatkan risiko kanser dan sasaran untuk Indeks Jisim Badan Malaysia yang sesuai adalah antara 18.5 hingga 22.9. Selain itu, pastikan ukuran lingkar pinggang anda lebih rendah daripada 90cm untuk lelaki dan 80cm untuk wanita," katanya.
Ong menegaskan akan keperluan untuk pengambilan makanan berserat tinggi, mengehadkan pengambilan alkohol, aktif secara fizikal, hadkan makan daging merah dan hindari daging yang diproses untuk mengurangkan risiko kanser.
"Cuba gunakan kaedah memasak dengan suhu rendah, bakar atau stim makanan anda dan elakkan kaedah memanggang atau menggoreng," katanya.
Ong juga menyarankan agar setiap orang mengamalkan minum tujuh hingga lapan gelas air kosong setiap hari untuk kekal sihat. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2017
Ada keperluan untuk pengambilan makanan berserat tinggi, mengehadkan pengambilan alkohol, aktif secara fizikal, hadkan makan daging merah dan hindari daging yang diproses untuk mengurangkan risiko kanser. - Gambar fail
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
PM Mauritius pegang jawatan Menteri Kewangan
Perdana Menteri Mauritius, Navin Ramgoolam, yang mengangkat sumpah bulan ini selepas kemenangan besar pilihan raya, mengumumkan beliau akan memegang jawatan Menteri Kewangan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memastikan kawalan rapi terhadap ekonomi negara.
Kim Jong Un tuduh AS provokasi, amaran perang nuklear
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menuduh Amerika Syarikat mencetuskan ketegangan dan provokasi di Semenanjung Korea.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Beliau menyatakan wilayah tersebut kini menghadapi risiko tertinggi perang nuklear.
Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
Ikon Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan melahirkan keterujaannya untuk kembali ke Malaysia selepas sekian lama.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pelakon tersohor itu hadir sebagai tetamu istimewa di ibu negara pada Jumaat, mengujakan tetamu yang menghadiri majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd.
Pembedahan kardiotorasik komponen penting dalam penjagaan kardiovaskular - Dr Dzulkefly
Melatih lebih ramai pakar bedah ialah keutamaan untuk capai objektif bawa penjagaan pembedahan kardiotorasik lebih dekat dengan rakyat.
Pesakit kanser tidak perlu menderita sendirian
Jika anda menghidap kanser, jangan berahsia dan jangan menderita sendirian.