Perutusan berkait situasi semasa COVID-19 itu dimaklumkan beliau menerusi akaun-akaun media sosialnya.
Difahamkan, ucapan tersebut akan disiarkan dari kediaman beliau selepas Pejabat Perdana Menteri sebelum ini mengesahkan Muhyiddin kini menjalani kuarantin kendiri.
Semalam, Malaysia merekodkan jangkitan COVID-19 tertinggi, 432 kes sejak pandemik itu bermula pada 25 Januari lalu.
Sumber Facebook ts.muhyiddin