KUALA LUMPUR:Sebanyak RM200 juta peruntukan tambahan diberikan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi pelaksanaan pakej rangsangan di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2021.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataan hari ini menjelaskan selain peruntukan yang telah diumumkan Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2021, terdapat beberapa peruntukan lain di bawah MOTAC khusus untuk membantu sektor pelancongan, seni dan budaya.
"Ini diharapkan dapat merangsang dan menyuntik perbelanjaan domestik secara konsisten dan seterusnya mewujudkan kesan gandaan ekonomi khususnya yang berantaian dengan sektor pelancongan, seni dan budaya," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan pakej rangsangan tersebut termasuk baucar penginapan, diskaun destinasi pelancongan, diskaun pakej pelancongan keluarga serta penyemarakan seni dan budaya.
"Turut termasuk dalam pelan pemulihan ini ialah potongan diskaun pengangkutan, diskaun membeli-belah dan perkhidmatan diskaun pakej bagi 'frontliners' serta Kempen Meet in Malaysia," katanya.
Semalam, beliau mempengerusikan sesi libat urus bersama penggiat industri pelancongan dan kebudayaan secara dalam talian.
Antara yang terbabit ialah syarikat penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) dan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan).
Nancy juga berkata kerajaan sangat memahami dan merasai situasi penggiat industri yang amat terkesan dengan pandemik COVID-19 dan akan berusaha memastikan industri ini kekal berdaya saing dan pulih dengan cepat melalui pelbagai pakej rangsangan dan pelan pemulihan yang akan dilaksanakan berdasarkan belanjawan yang diumumkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 13 2020
Nancy Shukri menjelaskan selain peruntukan yang telah diumumkan Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2021, terdapat beberapa peruntukan lain di bawah MOTAC. - Bernama
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
KPWKM rancang bina depoh bencana di Sibu dan Miri - Nancy
Dua depoh simpanan keperluan bencana akan dibina di Sarawak, masing-masing di Sibu dan Miri.
Tangani masalah gelandangan secara bersama - Abang Johari
Abang Johari berkata bantuan serta sokongan seperti sesi kaunseling kepada golongan gelandangan harus dipertingkatkan, selain memastikan kebajikan mereka terjaga.
Kembara KASIH: KPWKM tawar pelbagai perkhidmatan di seluruh Sarawak
Nancy Shukri berkata program itu dilaksanakan di lapan daerah iaitu Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Sibuti, Miri, Limbang serta Lawas.
Op Global: 223 pegawai JKM bantu PDRM uruskan kanak-kanak - Nancy
223 pegawai JKM berkhidmat dalam membantu pihak polis menguruskan 402 kanak-kanak penghuni rumah perlindungan yang diserbu dalam Op Global.
Nancy arah siasat pemandu bas sekolah 'viral' rakam murid perempuan
Nancy mengarahkan JPKK untuk membuat laporan polis terhadap seorang pemandu bas sekolah, yang telah memuat naik video pelajar yang dibawanya.
Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah
KPWKM akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.
4,000 kanak-kanak perlu perlindungan tahun ini
KPWKM merekodkan seramai 3,957 kanak-kanak di seluruh negara memerlukan pemeliharaan dan perlindungan akibat pelbagai kes untuk tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
Pembunuhan Nuraina Humaira: KPWKM beri khidmat sokongan, kaunseling kepada keluarga
Khidmat kaunseling akan diberikan kepada keluarga Allahyarham Nuraina Humaira Rosli, seorang kanak-kanak OKU yang dipercayai mati dibunuh.
Penjara Wanita Sabah perintis Program WBB bantu banduan - Nancy
Ia merupakan projek rintis yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Penjara Malaysia.
Penglibatan wanita dalam bidang keusahawanan masih ketinggalan - Nancy
Menurut banci ekonomi DOSM 2016, daripada 920,624 perusahaan yang berdaftar di negara ini, hanya 20.3 peratus atau 187,265 dimiliki wanita.