KUALA LANGAT: Jumlah peruntukan RM10 juta untuk membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000 bagi Skim Bantuan Hijrah Selangor (Hijrah) dan Skim Niaga Darul Ehsan (NADI) mungkin akan ditambah mengikut keperluan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata dana di bawah Belanjawan Selangor 2021 itu bertujuan mempermudah penjaja dan peniaga menangani impak pandemik COVID-19.
"Kita menyediakan sejumlah RM10 juta untuk Hijrah ataupun untuk NADI. (Namun) jika ada keperluan, kita mungkin boleh menambahnya susulan perbincangan saya dengan pihak Hijrah pada kemudian hari," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan pembiayaan untuk sekumpulan peserta Hijrah dan enam peserta NADI berjumlah RM538,000.
Selain penyampaian itu, Amirudin turut menyerahkan sumbangan kepada anak yatim bersempena program 'Jelajah Kita Selangor' di Balai Majlis Perwakilan Ketua Kampung (MPKK) Kampung Sungai Manggis, di sini, pada Ahad.
Mengulas selanjutnya, beliau berkata akan turut berbincang dengan pihak Hijrah membabitkan bantuan pinjaman mudah bagi mereka yang mahu berniaga pada bulan Ramadan akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021

Amirudin berkata dana di bawah Belanjawan Selangor 2021 itu bertujuan mempermudah penjaja dan peniaga menangani impak pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Guardiola sahkan Walker dibenar tinggalkan Man City, hijrah luar negara
Pep Guardiola mengesahkan bahawa pemain pertahanan veteran England, Kyle Walker, telah meminta untuk berhijrah ke luar negara.

Intelektual wanita dominasi diaspora Malaysia, apa puncanya?
1.86 juta wanita Malaysia menetap di luar negara, mewakili 12 peratus daripada populasi wanita di Malaysia.

Raikan kehadiran Muharram dengan semangat hijrah demi perubahan - Anwar
Anwar menyeru agar kisah-kisah suci seperti yang ditonjolkan oleh Nabi dan sahabatnya dijadikan iktibar untuk membuka lembaran baharu.

Ronaldo dijangka kekal bersama Juventus - Cherubini
Pemain kebangsaan Portugal itu memasuki tahun terakhir kontrak empat tahun yang ditandatangani selepas berhijrah dari Real Madrid.

Perpindahan Ozil ke Turki 'belum ada yang pasti' - Arteta
Ozil, yang bakal tamat kontrak penghujung musim ini, telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai gergasi Turki.

Saya mahu Messi kekal di Nou Camp - Laporta
Messi, 33, bakal kehabisan kontrak pada penghujung musim ini, selepas meminta untuk berhijrah pada penghujung musim 2020-21,

Rodrygo tidak mahu jadi pengganti Neymar
Rodrygo adalah salah satu pemain muda yang paling menarik dalam bola sepak berikutan aksi cemerlang yang dipamerkan untuk juara LaLiga, Real Madrid.

Tanaman pokok jagung merah dapat permintaan tinggi
Zailani sama sekali tidak pernah menyesal apabila mengambil keputusan 'beralih angin' dengan berhijrah daripada bekerja sebagai pemandu lori selama 20 tahun, kepada menjadi petani sepenuh masa.

Zahirkan syiar agama, aspirasi hijrah dalam semangat kelaziman baharu - Zulkifli
Zulkifli berkata, perkara itu boleh diterapkan menerusi penghijrahan minda, semangat dan tekad dalam mengharungi kehidupan yang mencabar.

Silva disanjung dalam kemenangan tipis Manchester City
Pemain tengah veteran itu mungkin akan berhijrah akhir musim ini dengan kepulangan ke Sepanyol dilihat sebagai destinasi pilihannya sebelum dia mengakhiri kariernya yang gemilang.