GUA MUSANG: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan hampir RM29 juta bagi kerja-kerja menaik taraf premis Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) daif tahun ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata jumlah itu merupakan peningkatan tiga kali ganda berbanding RM9.5 juta pada 2023.
"Peruntukan tersebut merupakan usaha KKDW dan Kementerian Kewangan dalam menyediakan prasarana pendidikan awal yang selesa dan kondusif di seluruh negara.
"Kerja-kerja naik taraf akan dibuat secara berperingkat," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Apresiasi Kakitangan KEMAS Gua Musang di Dewan Datuk Ariffin Said di Ibu Pejabat Kesedar, di sini malam tadi.
Mengulas lanjut Ahmad Kamal Idris berkata peruntukan itu telah diserahkan kepada pejabat KEMAS negeri masing-masing.
"Dari segi perancangannya mereka telah membuat senarai untuk kerja-kerja naik taraf dalam masa terdekat," katanya.
Selain itu beliau berkata sebanyak 4,147 tabika di seluruh negara akan melaksanakan program Pratahfiz tahun ini.
Program terbabit katanya merupakan kerjasama KEMAS dengan Yayasan Pahang yang bertindak menyediakan latihan mengajar serta kaedah dan teknik hafazan kepada jurulatih utama tabika.
"Sebanyak 42 siri kursus akan diadakan secara berperingkat malah pada dua minggu lepas sesi libat urus dan latihan kepada jurulatih utama telah dijalankan.
"Untuk peringkat awal ini kita memfokuskan tabika yang mempunyai guru dan murid yang majoritinya beragama Islam. Menjelang April nanti kita akan melaksanakan program Pratahfiz di tabika-tabika ini," katanya.
Ahmad Kamal Idris berkata KEMAS juga tidak meminggirkan 287 tabika anak-anak masyarakat Orang Asli, justeru pendekatan yang sama akan dilaksanakan dan akan turut melibatkan tabika di seluruh negara pada tahun hadapan.
--BERNAMA
Bernama
Tue Feb 20 2024
Sebanyak 4,147 tabika di seluruh negara akan melaksanakan program Pratahfiz tahun ini. - Gambar hiasan
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Peruntukan hampir RM29 juta naik taraf tabika daif
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan hampir RM29 juta bagi kerja-kerja menaik taraf premis Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) daif tahun ini.