KUALA LUMPUR: Membantu lebih ramai individu keluar daripada status muflis, memperkasa khidmat bantuan guaman dan menangani isu scammer antara tiga tumpuan utama Kerajaan Perpaduan dalam merealisasi reformasi institusi serta memperkasa undang-undang negara pada tahun hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tahun hadapan juga akan menjadi fasa implimentasi kepada semua rang undang-undang sama ada baharu atau pindaan yang telah diluluskan pada 2023.
Beliau berkata asas kepada semua perkara berkenaan ialah memastikan sistem perundangan negara berpaksikan kepada rakyat atau memberi manfaat kepada rakyat selaras aspek ihsan di dalam konsep MADANI yang didukung Kerajaan Perpaduan.
"Apa guna kerajaan beri perbelanjaan tinggi-tinggi untuk undang-undang tapi rakyat tak rasa manfaatnya, kita nak laksana undang-undang, reformasi institusi, perlu ukur kesusahan rakyat sebagai kejayaan reformasi yang ingin kita buat, kerana rakyat adalah pelanggan utama kita.
Sebab itu tahun ini kita dah bantu 38,749 individu keluar daripada muflis, itu jumlah yang progresif dan tahun hadapan kita sasar nak bantu lepaskan kira-kira 130,000 orang lagi, ini pun ihsan dalam MADANI, beri golongan ini peluang kedua," katanya dalam program Ruang Bicara: Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang disiarkan secara langsung di saluran Bernama TV malam tadi.
Penguatkuasaan Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 [A1695] yang dilaksanakan mulai 6 Okt lepas memberi peluang kedua kepada individu bankrap bagi meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan seterusnya dapat kembali menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Azalina berkata aspek perundangan lain yang akan diberi penumpuan pada 2024 ialah bantuan guaman dengan mewujudkan lebih banyak jerayawara serta program justice on wheel.
"Contohnya di Sabah dan Sarawak ada mahkamah bergerak, tapi tiada bantuan guaman bergerak, jadi apa gunanya itu jika mereka tiada peluang untuk menggunakan hak dalam undang-undang, tak tahu nak rujuk siapa pun," katanya.
Beliau berkata pada tahun depan Mahkamah Siber yang akan menguruskan perundangan terkait scammer atau penipuan siber dan digital, hal-hal seperti mata wang kripto, e-dompet dan segala platform berkaitan akan diperkasa.
Azalina berkata kewujudan Mahkamah Siber seiring dengan perkembangan kemajuan kes-kes di platform digital yang bergerak pantas itu memerlukan kepakaran baharu kepada pihak pendakwaan dan hakim kerana ia melibatkan aspek pembuktian berbeza dengan dahulu.
"Analoginya mangsa itu dimangsakan kerana tiada pembuktian, nak menjejak semua bukti dah hilang, laju je dalam dunia digital ini, sebab itu kita kena ada satu perundangan yang selari dengan gerakan sebegitu laju," katanya.
Mengulas mengenai pencapaian setahun Kerajaan Perpaduan, Azalina berkata 2023 boleh disifatkan sebagai fasa pertama dalam usaha melaksanakan reformasi institusi di bawah kerangka Malaysia MADANI.
Katanya ketelusan dan tatakelola lebih baik dapat dilihat apabila Laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) buat pertama kalinya dibahaskan di Parlimen.
"Tahun ini juga kita sentuh antaranya bab undang-undang kebangkrapan, Jabatan Bantuan Guaman, kaji semula undang-undang jenayah, Rang Undang-Undang Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023, hukuman mati mandatori yang kini mendapat budi bicara Hakim dan Rang Undang-Undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023," katanya.
Azalina berkata semua proses melibatkan pindaan atau penggubalan rang undang-undang baharu bagi menjayakan reformasi institusi memerlukan banyak masa dan penglibatan ramai pihak berkepentingan.
"Undang-undang ini kita bukan Dewan Rakyat bersidang 300 hari setahun, jadi perlu masa nak bentang, nak bahas dan kita dalam format Persekutuan, ada perlembagaan, ada senarai pusat, senarai negeri dan senarai bersama, jadi ada benda perlu ambil kira pandangan kerajaan negeri juga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 05 2023
![Perundangan 2024 berpaksikan rakyat, tumpu isu bankrap, bantuan guaman dan scammer - Azalina Perundangan 2024 berpaksikan rakyat, tumpu isu bankrap, bantuan guaman dan scammer - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701767092_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tahun hadapan juga akan menjadi fasa implimentasi kepada semua rang undang-undang sama ada baharu atau pindaan yang telah diluluskan pada 2023. - Foto BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Perundangan 2024 berpaksikan rakyat, tumpu isu bankrap, bantuan guaman dan scammer - Azalina Perundangan 2024 berpaksikan rakyat, tumpu isu bankrap, bantuan guaman dan scammer - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701767092_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
Perundangan 2024 berpaksikan rakyat, tumpu isu bankrap, bantuan guaman dan scammer - Azalina
Azalina berkata tahun hadapan juga akan menjadi fasa implimentasi kepada semua rang undang-undang sama ada baharu atau pindaan yang telah diluluskan pada 2023.
![Tunaikan mandat rakyat, laksana reformasi institusi - Rasuah Busters Tunaikan mandat rakyat, laksana reformasi institusi - Rasuah Busters](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676389089_RASUAHBUSTER.jpg)
Tunaikan mandat rakyat, laksana reformasi institusi - Rasuah Busters
Rasuah Busters menegaskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) wajar diluluskan oleh Parlimen bagi membersihkan Malaysia daripada isu rasuah dan salah laku.
![ABIM gesa reformasi institusi disegerakan, pastikan badan penguat kuasa benar-benar bebas ABIM gesa reformasi institusi disegerakan, pastikan badan penguat kuasa benar-benar bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628680895_MuhammadFaisalAbdu.jpg)
ABIM gesa reformasi institusi disegerakan, pastikan badan penguat kuasa benar-benar bebas
Keputusan kes Najib membuktikan keabsahan suara rakyat dalam menuntut ketelusan badan pentadbiran negara sejak PRU14.
![Pasca kongres: PKR masih terperangkap isu khianat parti, gagal tawar solusi - Penganalisis Pasca kongres: PKR masih terperangkap isu khianat parti, gagal tawar solusi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-09/61537581952_PKRBerkibar.jpg)
Pasca kongres: PKR masih terperangkap isu khianat parti, gagal tawar solusi - Penganalisis
Ambil contoh Selangor, seharusnya ia diketengahkan dan menunjukkan kepada rakyat, PKR sebagai sebuah parti telah menunjukkan adanya alternatif.
!['Kalau dilantik jadi Menteri Kewangan sekarang, saya tak nak' - Anwar 'Kalau dilantik jadi Menteri Kewangan sekarang, saya tak nak' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/81554117805_Anwar.jpg)
'Kalau dilantik jadi Menteri Kewangan sekarang, saya tak nak' - Anwar
Anwar berkata, semua pemimpin kerajaan maklum akan permasalahan yang dihadapi golongan mahasiswa dan akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.
![Malaysia perlu bersedia pasca Mahathir dan Anwar - Khairy Malaysia perlu bersedia pasca Mahathir dan Anwar - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/51538006524_TBKJ.jpg)
Malaysia perlu bersedia pasca Mahathir dan Anwar - Khairy
Khairy berkata persediaan masa depan Malaysia pasca kedua-dua pemimpin terbabit amat penting kerana ia akan menentukan hala tuju negara.