Cadangan menggantikan skim tetap dan berpencen tidak melibatkan penjawat awam sedia ada, dan ia hanya melibatkan lantikan baharu bermula tahun hadapan, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ismail Abu Bakar.
Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan masih dalam peringkat kajian, dan masih belum diputuskan.
“Mungkin tahun depan baru dapat keputusan, untuk melaksanakan cadangan berkenaan atau memerlukan penambahbaikkan.
“Kita sedia maklum bahawa tentera dan polis semua adalah perkhidmatan awam yang memerlukan kesinambungan, sama ada mereka terlibat atau tidak (pertukaran skim tetap dan berpencen) atau perkhidmatan awam sahaja yang terlibat,” katanya kepada pemberita ketika lawatan kerja KSN di Unit Tindak Khas Polis Diraja Malaysia, di Lapang Sasar Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am Cheras, di sini.
Pada Rabu lepas, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Borhan Dolah berkata mulai tahun depan (2020), lantikan baharu dalam perkhidmatan awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen, sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik.
Langkah itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa khas pembaharuan perkhidmatan awam pada Oktober 2018, yang mahukan perkhidmatan awam dikecilkan secara berfrasa dan lantikan berdasarkan keperluan, selain mengurangkan bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion.
BACA: Kerajaan akan teruskan skim pencen, namun cari jalan berjimat - Tun Mahathir
BACA: Ganti skim pencen: Mekanisme lantikan baharu perlu dibincang
Sementara itu, ditanya mengenai cadangan kenaikan gaji anggota polis, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam kajian dan bergantung kepada kemampuan kewangan negara.
“Selain itu, penstrukuran elaun pasukan anggota keselamatan negara akan juga ditambah baik dari semasa ke semasa dan dilihat secara keseluruhan,” katanya.
Sementara itu, mengulas insiden Mej Mohd Zahir Armaya terkena tembakan maut, ketika membuat aksi gimik pada Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, pada Sabtu lepas, Ismail berkata penggunaan peluru hidup tidak dapat dielakkan.
"Apa yang penting sebagai anggota elit, mereka memang memerlukan latihan menggunakan peluru hidup untuk memberanikan diri bagi mengambil tindakan sebenar," katanya.
Mohd Zahir, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Lok Kawi, Sabah.
Allahyarham Mohd Zahir, anak kepada pelakon serta pelawak veteran A.R Badul, dilapor meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi, di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah selepas dimasukkan ke Unit Kecemasan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019
ISMAIL: Cadangan menggantikan skim tetap dan berpencen tidak melibatkan penjawat awam sedia ada. - Gambar fail
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Suara Rakyat: Ibu bapa gesa UPSR, PT3 dikembalikan semula
Ibu bapa menggesa supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dikembalikan secepat mungkin bagi membolehkan penilaian kecenderungan kanak-kanak dibuat dari peringkat awal.
Banjir di Kedah makin memburuk
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang mangsa daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
Ahli GISB dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Rabu
Berdasarkan pemakluman kepada media, individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Putrajaya pada Rabu.
523 mangsa ditempatkan di 10 PPS
Seramai 523 mangsa banjir membabitkan 139 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara di Pulau Pinang. Daerah Seberang Perai Utara mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi membabitkan 351 mangsa daripada 87 keluarga.
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat, 2,039 orang di PPS
Pertambahan itu direkodkan pada jam 11 malam tadi berbanding jumlah yang dilaporkan pada 8 malam iaitu seramai 1,018 mangsa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 September 2024.
Warga emas maut dihempap pokok
Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera apabila dihempap pokok tumbang ketika sedang berkhemah.
JPJ perlu tambah baik taraf perkhidmatan pelanggan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mengadakan lawatan mengejut ke ibu pejabat JPJ di Putrajaya pada Isnin.
Penjawat awam diseru jadi ejen Keluarga Malaysia - KSN
Penjawat awam di negara ini diseru untuk menjadi ejen yang bertindak sebagai suara kerajaan kepada seluruh Keluarga Malaysia.
Ikmalrudin dilantik sebagai Setiausaha SPR baharu
Ikmalrudin Ishak dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa 5 Jun, menggantikan Datuk Mohamed Elias Abu Bakar yang bersara wajib pada 30 Mei.
Pasca COVID-19: Penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam dipertimbang - KSN
Penggunaan teknologi seperti mesyuarat melalui sidang video telah diperkenal dalam sektor kerajaan sebelum ini, namun kini ia digunakan sepenuhnya.
KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian
Tan Sri Dr Ismail Bakar mengulas laporan sebuah portal berita berkenaan lima KSU yang dijangka ditukarkan pada hujung tahun ini.
Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN
Penyebaran maklumat awal dan dokumen terperingkat kepada umum, boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai.
Abu Kassim dijangka ganti Ali Hamsa sebagai KSN
Selepas beberapa ketika dilantik menjadi ketua pengarah GIACC, nama Tan Sri Abu Kassim Mohamed juga disebut untuk mengisi jawatan utama dalam sektor kerajaan.
Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Hashim Aman, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.
Pertukaran dua pengarah SPRM undang laporan dari orang awam
Arahan pertukaran ke atas dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob minggu lalu mengundang laporan awam.