KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan Timbalan Presiden Kanan Kumpulan Aker Engineering Malaysia Ahmad Hatta Kamaruzzaman daripada pertuduhan memperdaya sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka untuk menyenaraikan syarikat itu sebagai sebuah syarikat berkelayakan dan berstatus Bumiputera.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Ahmad Hatta Kamaruzzaman, 50, ketika dihubungi pemberita selepas prosiding kes tersebut di hadapan Hakim Azura Alwi.
Beliau berkata pembelaan telah memfailkan bantahan awal berhubung pertuduhan terhadap Ahmad Hatta yang didakwa cacat dan memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan.
"Mahkamah membenarkan bantahan awal atas alasan pertuduhan tersebut adalah cacat selain bersetuju bahawa pihak pendakwaan gagal memperinci butiran kesalahan dan kerugian yang didakwa dialami dalam kes ini.
"Selain itu, mahkamah menyatakan pertuduhan harus jelas bagi membolehkan peguam menyediakan pembelaan yang efektif untuk tertuduh. Mahkamah juga mendapati pertuduhan terhadap anak guam saya tidak memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 154 Kanun Tatacara Jenayah. Oleh itu, anak guam saya dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan," katanya.
Amer Hamzah juga berkata bantahan awal itu difailkan selepas Jabatan Peguam Negara menolak representasi yang dikemukakan oleh Ahmad Hatta untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Hatta didakwa sebagai ejen syarikat Kumpulan Aker Solutions telah mengemukakan dokumen bagi maksud untuk memperdaya sebuah syarikat minyak dan gas bagi menyenaraikan Aker Engineering Malaysia sebagai syarikat berkelayakan dan berstatus Bumiputera, sedangkan tertuduh mengetahui bahawa syarikat itu (Aker Engineering) bukanlah berstatus Bumiputera.
Dia didakwa menyembunyikan fakta sebenar pemilikan saham syarikat itu yang mana berkepentingan benefisiari sebenar adalah syarikat Kumpulan Aker Solutions.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kuala Lumpur pada 7 Ogos 2018 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021

Pembelaan telah memfailkan bantahan awal berhubung pertuduhan terhadap Ahmad Hatta yang didakwa cacat dan memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan. - Gambar/ Bernama
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Pertuduhan cacat, Timbalan Presiden Aker Engineering dilepas tanpa dibebaskan
Peguam berkata pembelaan telah memfailkan bantahan awal berhubung pertuduhan terhadap Ahmad Hatta yang didakwa cacat dan memohon tertuduh dilepas tanpa dibebaskan.