PETALING JAYA:Seorang personaliti program realiti mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta Oktober lalu.
Di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin, tertuduh, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 25, yang hadir di mahkamah dengan memakai baju T berwarna biru muda, didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap kenalannya, seorang wanita berusia 22 tahun.
Kejadian didakwa dilakukan di sebuah rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, pada jam 3 hingga 4 pagi, 17 Oktober lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, P Vitiya Monisha mencadangkan tertuduh tidak diberi ikat jamin kerana pertuduhan yang dibuat merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.
“Mengambil kira kesalahan yang dituduh adalah serius, malah tertuduh juga mempunyai beberapa kes lain yang masih disiasat dan mungkin akan dituduh di mahkamah.
“Pihak pendakwaan bimbang dengan risiko gangguan terhadap mangsa kerana mereka saling mengenali antara satu sama lain,” katanya.
BACA: Kes salah laku seks: Personaliti program realiti direman lagi
Bagaimanapun, jika mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin, Vitiya Monisha mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai.
Bagaimanapun, peguam, Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Faiz membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan diperintah untuk mematuhi syarat tambahan yang dinyatakan oleh pihak pendakwaan.
Sementara di Mahkamah Majistret, pemuda itu yang juga peserta program realiti dituduh atas pertuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya di lokasi, waktu dan tarikh sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Zamriah Zarifah Aris yang mengendalikan kes itu mencadangkan tertuduh tidak diberi ikat jamin dengan alasan keseriusan pertuduhan yang dibuat.
“Status tertuduh sebagai seorang da’i, bukan alasan untuk dia diberi jaminan,” katanya.
Bagaimanapun, Syed Amirul merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin kerana dia menanggung ibu selepas ditinggalkan bapa, sejak 2017 lalu.
“Akibat penularan COVID-19 ini juga, anak guam saya tidak memperoleh pendapatan baharu,” katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mengganggu mangsa.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 19 Februari tahun depan untuk serahan dokumen.
Pada 27 November lalu, media melaporkan seorang pendakwah selebriti berusia 25 tahun direman bagi membantu siasatan kes salah laku seks.
Tempoh tahanan reman di Mahkamah Shah Alam dan Petaling Jaya, dilanjutkan sebanyak dua kali bagi membantu siasatan.
Suspek ditahan kira-kira jam 11 malam pada 26 September lalu selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.
Sehingga Rabu, terdapat sembilan laporan polis dibuat di Shah Alam dan Petaling Jaya terhadap pendakwah selebriti berkenaan.
Sinar Harian
Thu Dec 10 2020
Tertuduh, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah di dua mahkamah hari ini, atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta, dua bulan lepas. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.