KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang bekas pegawai polis membayar RM820,000 kepada dua wanita warga Mongolia bagi persetubuhan tanpa kerelaan di dua bilik hotel semasa negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan empat tahun lepas.
Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee membuat keputusan itu selepas mendapati dua wanita Mongolia berkenaan sebagai plaintif, berjaya membuktikan kes mereka mengenai imbangan kebarangkalian terhadap Hazrul Hizham Ghazali, 34.
"Setelah mempertimbangkan keterangan saksi dan hujahan yang tidak dipertikaikan dan tidak dicabar, saya mendapati plaintif telah membuktikan defendan (Hazrul Hizham) melakukan persetubuhan tanpa kerelaan dengan kedua-dua plaintif, sekurang-kurangnya enam kali dengan salah seorang wanita dan dua kali dengan wanita kedua," katanya.
Beliau berkata mahkamah memberikan plaintif (wanita Mongolia pertama) sejumlah RM460,000 untuk ganti rugi termasuk RM260,000 sebagai ganti rugi am bagi kesalahan mendatangkan kecederaan (termasuk persetubuhan tanpa kerelaan), gangguan seksual dan pemenjaraan palsu serta RM200,000 untuk ganti rugi teruk dan teladan.
Bagi wanita Mongolia kedua pula hakim memerintahkan defendan membayar ganti rugi RM360,000 yang merangkumi RM160,000 sebagai ganti rugi am bagi kesalahan mendatangkan kecederaan (termasuk persetubuhan tanpa persetujuan) dan untuk pemenjaraan palsu serta RM200,000 untuk ganti rugi teruk dan teladan.
Mahkamah turut memberikan RM20,000 bagi setiap plaintif sebagai kos bagi kes berkenaan.
"Sebagaimana arahan tegas yang dikeluarkan mahkamah, perbicaraan berjalan dengan sewajarnya dan pada akhir perbicaraan, plaintif memfailkan hujahan bertulis dan hujahan lisan yang telah dikemukakan kepada mahkamah," kata hakim itu.
Pada 2020 defendan telah didakwa atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita Mongolia itu untuk eksploitasi seksual dan sembilan pertuduhan merogol serta berniat untuk mencabul kehormatan mereka.
Bagaimanapun dia dibebaskan daripada semua pertuduhan pada akhir kes pembelaan tahun lalu.
Berdasarkan fakta kes yang dibacakan di mahkamah, kedua-dua wanita Mongolia itu ditahan oleh defendan dalam sekatan jalan raya di Petaling Jaya, Selangor semasa PKP pada 10 April 2020.
Dua wanita Mongolia itu diarahkan keluar dari kereta dan dibawa ke khemah polis berhampiran sebelum mereka dibawa ke sebuah hotel di Petaling Jaya.
Defendan membawa dua wanita Mongolia itu ke bilik tidur berasingan di hotel dan melakukan persetubuhan tanpa persetujuan dengan mereka antara 10 April dan 11 April 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati dua wanita Mongolia berkenaan sebagai plaintif, berjaya membuktikan kes mereka mengenai imbangan kebarangkalian terhadap Hazrul Hizham Ghazali, 34. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Menara kawalan trafik udara dilapor kekurangan kakitangan semasa nahas pesawat
Kekurangan kakitangan di menara kawalan trafik udara di Ronald Reagan Washington National Airport "tidak normal" semasa pelanggaran maut itu.
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak bersama DWI NARDI / Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Selain wilayah perbatasan Indonesia-Malaysia di Kabupaten Sanggau, banjir besar yang berlaku di Kalimantan Barat juga menjejaskan beberapa kawasan sempadan lain termasuk di Jagoi Babang, Kabupaten Bengkayang.
Empat lokasi lebuhraya Pan Borneo dinaiki air
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. kesemua laluan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak tidak terputus walaupun empat lokasi dinaiki air.
Kemalangan: polis siasat pelampung gelongsor kena pengunjung di taman tema
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tular melibatkan pelampung gelongsor yang tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam, pada Rabu.
Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
PTPTN mengukuhkan agenda mengurangkan kebergergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
Honda, Nissan umum pelan terperinci penggabungan pertengahan Februari
Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, kini cenderung untuk bergerak sendiri dan tidak menyertai penggabungan.
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Persetubuhan tanpa kerelaan: Bekas polis diperintah bayar RM820,000 kepada dua wanita Mongolia
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati dua wanita berkenaan berjaya membuktikan kes mereka mengenai imbangan kebarangkalian terhadap Hazrul Hizham Ghazali.