Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) memohon kerajaan menetapkan kuota belian padi kepada pengilang-pengilang besar yang didakwa memonopoli industri padi dan beras di negara ini.
Pengerusinya, Mohamad Termizi Yob mendakwa monopoli pengilang besar ke atas belian padi bukan sahaja menjejaskan pengilang kecil yang kebanyakannya terdiri daripada Bumiputera malah menjadi antara faktor kenaikan harga beras ketika ini.
Menurutnya, ketiadaan kuota belian padi membolehkan kilang-kilang besar yang berkemampuan membeli bekalan tanpa had di kawasan lain dan ini mewujudkan monopoli.
"Ini berlaku kerana dia (kilang besar) menawarkan insentif yang tinggi kepada orang tengah untuk mendapatkan bekalan padi dan ini bermakna kos mengeluarkan padi basah menjadi tinggi...bila kos padi basah tinggi automatik harga beras jadi tinggi.
"Pengilang besar membayar insentif yang tinggi antara RM150-RM200 bagi setiap metrik tan menyebabkan kilang besar berjaya memonopoli hasil daripada bayaran insenif yang tinggi berbanding ditawarkan pengilang kecil," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau mendakwa pindahan padi antara kawasan dan negeri juga menyumbang kepada peningkatan kos pengeluaran beras disebabkan kegagalan kilang-kilang kecil di pesekitaran kawasan padi untuk bersaing sekaligus terpaksa menghentikan operasi.
Dakwa beliau lagi sehingga kini terdapat hanya 10 buah kilang Bumiputera di negara ini yang masih beroperasi berbanding 103 sebelum ini yang hanya menguasai sekitar 200,000 metrik tan daripada 1.73 juta metrik tan pengeluaran padi setahun iaitu kurang 10 peratus.
"Sukar bagi pemborong kecil bersaing dalam pasaran runcit beras negara akibat kos bekalan beras yang tinggi, dengan harga RM2,250 semetrik tan bagi Super Tempatan 15 peratus di pintu kilang ditambah dengan kos pengangkutan serta kos proses peningkatan gred kepada Super Tempatan lima peratus telah mencapai kos keseluruhan hampir RM2,550 semetrik tan.
"Dengan kos yang begitu tinggi mampukan mereka berniaga dengan harga maksimum kepada peruncit RM2,580 semetrik tan (RM2.58 sekilogram) dan dengan harga kawalan maksimum kepada pengguna RM2,600 (RM2.60/kg)," katanya.
Menurut beliau keadaan itu menyebabkan kilang-kilang kecil semakin 'lenyap' disebabkan tidak mampu bersaing dengan kilang-kilang besar.
Dalam pada itu, Mohamad Termizi turut menyarankan kerajaan melantik atau membuka peluang kepada kilang milik Bumiputera untuk membekalkan beras kepada stok penimbal beras negara berbanding beras import.--BERNAMA
TAG: beras, kuota, pengilang, PPBMM, Mohamad Termizi Yob
Bernama
Wed Jul 12 2023

Monopoli pengilang besar ke atas belian padi didakwa menjejaskan pengilang kecil yang kebanyakannya terdiri daripada Bumiputera dan menjadi antara faktor kenaikan harga beras. - Gambar hiasan
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.

Indonesia kekalkan pengeluaran beras stabil meskipun hadapi cabaran El Nino
Menteri Pertanian Indonesia berkata, pengeluaran beras negara itu mencecah hampir 31 juta tan menjelang akhir tahun ini.

Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.

Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.

Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.

PGA8 rampas 1,000kg beras seludup di Pasir Mas
PGA8 merampas 1,000kg beras bernilai RM14,260 yang dipercayai diseludup masuk dari Thailand dalam Op Taring Wawasan.

Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras.

Stok fizikal beras negara mampu tampung keperluan hampir enam bulan
Stok fizikal beras negara sehingga kini adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.

Kerajaan rangka dasar padi, beras demi kepentingan semua pihak
Mohamad berkata, kementeriannya mungkin mengambil masa tiga hingga empat bulan daripada sekarang sebelum mengumumkan dasar itu.

Sektor agromakanan catat pertumbuhan memberangsangkan - Mohamad Sabu
Sektor agromakanan tumbuh lebih kukuh pada 2023 dengan peningkatan 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada 2022.