KUALA LUMPUR: Persatuan Kendo Malaysia (MKA) hari ini menerima Penghargaan Menteri Luar Jepun sebagai mengiktiraf usaha dan komitmennya dalam memperkenal dan mempopularkan Kendo, seni mempertahankan diri Jepun di Malaysia selama lebih lima dekad.
Presiden MKA Datuk Abdullah Malim Baginda yang menerima penghargaan bagi pihak persatuan itu berkata ia satu kejutan dan menjadi bukti penyertaan Malaysia dalam semua Kejohanan Kendo Dunia yang diadakan setiap tiga tahun di peringkat global.
"Kerjasama erat dengan kedutaan Jepun membolehkan persatuan itu berkembang dalam kalangan penduduk tempatan dan kami kini mempunyai ahli berbilang kaum dengan cawangan di Perak, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak.
"Saya berhasrat memperkenalkan asas kendo dalam masyarakat kita, yang berpotensi menggalakkan tingkah laku yang baik di kalangan anak muda," katanya kepada pemberita selepas menerima pengiktirafan daripada Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko dalam satu majlis ringkas yang diadakan di kediaman duta itu di sini, hari ini.
Abdullah yang berusia 90 tahun itu berkata beliau dilatih dalam Kendo dari usia 13 tahun semasa pendudukan Jepun, sambil menambah bahawa seni mempertahankan diri Jepun menggalakkan nilai hidup yang boleh diterapkan dalam kehidupan seharian manusia.
Kendo ialah seni mempertahankan diri menggunakan pedang Jepun, dibangunkan daripada teknik tradisional ilmu pedang Jepun yang dikenali sebagai kenjutsu.
Kendo dojo pertama di Malaysia ditubuhkan pada 1971 di dalam kawasan YMCA Kuala Lumpur (KL) dan ia kemudiannya dipindahkan ke Arena PJ, Pusat Belia Antarabangsa di Bandar Tun Razak dan akhirnya di Kelab Jepun di Seputeh, KL.
Sejak penubuhan MKA, Malaysia telah mengambil bahagian dalam semua Kejohanan Kendo Dunia.
Sementara itu, Takahashi dalam ucapannya berkata MKA memulakan "Kejohanan Kendo ASEAN" yang pertama pada 1988 dengan penyertaan dari seluruh ASEAN, selain aktif menganjurkan pertandingan tahunan termasuk Piala Cabaran Baginda, Piala Kakuya dan Piala Duta Jepun.
"Jika keadaan mengizinkan, saya sangat menantikan Piala Duta Jepun tahun ini kerana 2022 menandakan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur antara Jepun dan Malaysia. Saya harap MKA akan mengambil peluang ini untuk memperkenalkan lagi Kendo di Malaysia," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022

Persatuan Kendo Malaysia (MKA) hari ini menerima Penghargaan Menteri Luar Jepun sebagai mengiktiraf usaha dan komitmennya dalam memperkenal dan mempopularkan Kendo, seni mempertahankan diri Jepun di Malaysia selama lebih lima dekad. - Foto BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Persatuan Kendo Malaysia terima anugerah penghargaan Menteri Luar Jepun
Ia sebagai mengiktiraf usaha dan komitmen dalam memperkenal dan mempopularkan Kendo, seni mempertahankan diri Jepun di Malaysia selama lebih lima dekad.