KUALA LUMPUR: Perolehan kumpulan pertama kapal tempur pesisir (LCS) dikurangkan daripada enam kepada lima unit selepas permohonan meneruskan projek itu dibincangkan semula kerajaan.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob mengesahkan perkara berkenaan.
"Pada asalnya, memang enam unit LCS tetapi semasa kita mengemukakan permohonan semula dan dibincangkan semula perkara ini, kita telah bersetuju untuk dikurangkan kepada lima. Jadi, kita harap dapatlah lima itu.
"Untuk kumpulan pertama, memang diputuskan untuk lima (unit). Keputusan ini sudah lama dibuat semasa kerajaan memutuskan untuk meneruskan LCS tersebut (tahun lepas)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perutusan Ulung Panglima Tentera Laut ke-18, di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.
Perutusan Ulung ini dihadiri 350 warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) (Navy People) dan disiarkan secara langsung ke semua markas formasi TLDM di seluruh negara.
Turut hadir ke majlis tersebut adalah Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Sabri Zali, Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Md Ajis, Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy dan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain.
Beliau berkata bagi meneruskan projek tersebut, terdapat penjanjian tambahan yang keenam akan ditandatangani tidak lama lagi.
Abdul Rahman berkata sekiranya penjanjian itu dilaksanakan, ia akan membolehkan proses seterusnya berjalan dan pembinaannya akan diteruskan seperti yang dirancang.
"Sekarang okay. Tidak ada ada sesuatu yang mengejutkan dan kita berharap LCS ini dapat diterima mengikut jadual yang ditetapkan. Kita amat kekurangan aset-aset yang berkeupayaan tinggi seperti LCS.
"Dengan kehadiran LCS ini ia dapat membantu, memperkukuhkan dan membolehkan kita melaksanakan tugasan dengan lebih cemerlang," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan perolehan kapal Littoral Mission Ship (LMS) kumpulan kedua akan direalisasikan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.
"Permohonan ini kita harap dapat dilaksanakan dan diluluskan tahun ini agar dapat kita melaksanakan proses perolehan yang memakan masa yang mana setiap kapal mengambil masa yang lama untuk dibina, setidak-tidaknya tiga tahun.
"Kali ini kita memerlukan LMS yang berkeupayaan tempur. Itu perbezaan ketara berbanding LMS yang telah kita peroleh iaitu empat LMS dari China sebelum ini. Untuk permulaan, kita mohon tiga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023
Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob mengesahkan perkara berkenaan. - Bernama
Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.
Universiti Malaya ambil tindakan tahan kerja pensyarah
Pihak Universiti Malaya mengambil tindakan menahan kerja seorang pensyarah yang dikaikan menghantar mesej jelik seksual.
[TERKINI] Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025
JSPT Bukit Aman menjalankan Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025 sempena musim perayaan dan cuti sekolah.
Hanya 12 trak bantuan makanan, air diedar ke utara Gaza dalam tempoh 2 setengah bulan
Bantuan kemanusiaan sering dihalang, dengan beberapa trak yang berjaya menghantar bantuan kemudian diserang.
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
AWANI Borneo [23/12/2024] - Mangsa angin kencang | Musim perayaan | Hujung minggu ini
AWANI Borneo Isnin, 23 Disember 2024 bersama Dzulfitri Yusop.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
Kerja pembaikan SMK Lutong akan dilakukan segera
Kerja-kerja pembaikan asas SMK Lutong, Miri yang terjejas akibat ribut pada hujung minggu lalu akan dilakukan dengan segera.
Kelewatan pembinaan tidak jejas keupayaan LCS - Mohamad
Mohamad Hasan berkata enjin diesel LCS yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.
Siasatan LCS mesti diteruskan, pendakwaan sebelum ini tidak cukup - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan siasatan berhubung isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) mesti diteruskan.
"22 bulan apa mereka buat mengenai LCS?" - Hishammuddin soal pembangkang
Cubaan pembangkang jadikan isu LCS sebagai bahan kebencian rakyat terhadap kerajaan tidak menjadi, tegas Menteri Pertahanan.
Naval Group setuju teruskan rundingan harga LCS - Mindef
Syarikat yang mereka bentuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk TLDM, Naval Group bersetuju meneruskan rundingan dengan Boustead Naval Shipyard berhubung harga kapal berkenaan.
Kertas siasatan LCS lengkap, saran Jabatan Peguam Negara tuduh beberapa individu - SPRM
SPRM berkata kertas siasatan berkenaan projek LCS telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Isu LCS: Mindef sambut baik keputusan Kabinet, jamin tiada apa hendak disembunyikan - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, beliau dan Mindef akan lakukan apa sahaja bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan.
Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman
Ahmad Kamarulzaman berkata, penting untuk fakta sebenar didedahkan supaya orang awam tidak terus terkeliru dengan tindakan populis dan politiking.
Projek perolehan LCS akan lalui proses telus - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa projek perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk memperkemas aset angkatan laut negara akan melalui proses yang telus.
Boustead catat untung lebih RM1 bilion
Boustead raih Untung Sebelum Cukai (PBT) tertinggi berjumlah RM1.1 bil bagi tahun kewangan 2017