SEPANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk menjual 5,700 unit model Perodua Axia serba baharu yang diberi nama kod D74A setiap bulan.
Syarikat pengeluar automotif itu telah menerima tempahan sebanyak 3,591 unit untuk D74A yang akan dilancarkan pada 14 Feb ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, varian 'SE' dan 'AV' adalah yang paling popular berbanding varian 'G' dan 'X' sejak tempahan mula dibuka pada 31 Jan.
"Kami menjangkakan sambutan yang menggalakkan untuk varian 'SE' dan 'AV' berbanding varian 'G' dan 'X' kerana saya rasa pengguna Malaysia amat menghargai teknologi dan juga cadangan nilai yang kami sediakan untuk model ini," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas sesi pandu uji D74A hari ini, Zainal berkata, julat harga tentatif bagi model itu di Semenanjung Malaysia tanpa insurans adalah di antara RM38,600 dan RM49,500 seunit.
Sementara itu, Perodua dalam satu kenyataan berkata, jualan bagi bulan Januari 2023 melonjak 23 peratus kepada 21,449 unit yang didaftarkan berbanding 17,444 unit bagi bulan yang sama tahun lepas.
Dari segi pengeluaran pula, Perodua menghasilkan 24,590 unit pada Januari tahun ini, meningkat 40.2 peratus daripada 17,538 unit yang dikeluarkan pada Januari 2022.
Bagi 2023, Perodua menyasarkan untuk mendaftar sebanyak 314,000 unit dan mengeluarkan 330,000 unit kenderaan.
Zainal berkata, adalah penting untuk memaklumkan bahawa pada Januari 2022, berlakunya banjir, kekurangan bekalan cip semikonduktor yang teruk, isu tenaga kerja dan kekurangan alat ganti lain - yang menghalang pengeluaran dan jualan.
"Namun demikian, peningkatan dalam volum bagi kedua-dua pengeluaran dan jualan telah menunjukkan bahawa ekosistem sedang berjalan seperti yang dirancang," katanya.
Zainal berkata, Perodua kekal komited kepada matlamatnya untuk menghantar kenderaan kepada pelanggan Perodua secepat mungkin tanpa menjejaskan kualiti atau keselamatan. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
![Perodua sasar jual 5,700 unit model Axia serba baharu sebulan Perodua sasar jual 5,700 unit model Axia serba baharu sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675854284_PeroduaAxia.jpg)
Perodua Axia serba baharu diperkenalkan kepada media hari ini. - Gambar BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715691664_AnthonyLoke.jpg)
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
![Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024 Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716284808_ZainalAbidin.jpg)
Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024
Perodua mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion.
![Perodua keluarkan EV mampu milik hujung tahun 2025 - Zafrul Perodua keluarkan EV mampu milik hujung tahun 2025 - Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705461818_TBtengkuzafrulj.jpg)
Perodua keluarkan EV mampu milik hujung tahun 2025 - Zafrul
Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.
![Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704341554_TBPeroduaBezza.jpg)
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
!['Sudah jawab, tapi tiada solusi' - Pemilik kereta baru beli lapan jam rosak 'Sudah jawab, tapi tiada solusi' - Pemilik kereta baru beli lapan jam rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704341554_TBPeroduaBezza.jpg)
'Sudah jawab, tapi tiada solusi' - Pemilik kereta baru beli lapan jam rosak
Perodua Sales Sdn Bhd didakwa masih tidak memberi solusi yang tuntas meskipun telah mengeluarkan kenyataan media berhubung isu kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
![Perodua respon isu tular kereta baru beli lapan jam rosak Perodua respon isu tular kereta baru beli lapan jam rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698366347_perodua.jpg)
Perodua respon isu tular kereta baru beli lapan jam rosak
Pihaknya menawarkan kereta sementara kepada pelanggan tersebut untuk digunakan atau membeli semula unit berkenaan.
![Kereta baru beli tidak sampai lapan jam rosak, pusat servis dakwa gula dalam enjin penyebab utama Kereta baru beli tidak sampai lapan jam rosak, pusat servis dakwa gula dalam enjin penyebab utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704244662_TBPeroduaBezza.jpg)
Kereta baru beli tidak sampai lapan jam rosak, pusat servis dakwa gula dalam enjin penyebab utama
Pelik tapi benar - enjin kereta baharu itu rosak disebabkan ada benda asing seperti gula!
![Perodua sasar 20 peratus jualan EV menjelang 2030 Perodua sasar 20 peratus jualan EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701172171_AmmarAbGhapar.jpg)
Perodua sasar 20 peratus jualan EV menjelang 2030
Perodua menyasar kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.
![Jualan suku ketiga Perodua naik 28.3 peratus, pendaftaran lepasi 230,000 Jualan suku ketiga Perodua naik 28.3 peratus, pendaftaran lepasi 230,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698366347_perodua.jpg)
Jualan suku ketiga Perodua naik 28.3 peratus, pendaftaran lepasi 230,000
Setakat sembilan bulan pertama tahun ini, Perodua berjaya menghasilkan sejumlah 245,341 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 18.6 peratus.
![Betamek raih kontrak RM436.5 juta untuk model kereta baharu Perodua Betamek raih kontrak RM436.5 juta untuk model kereta baharu Perodua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690187661_TBBetamek.jpg)
Betamek raih kontrak RM436.5 juta untuk model kereta baharu Perodua
Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik, Betamek Bhd meraih kontrak bernilai RM436.5 juta untuk membekalkan pelbagai komponen elektronik untuk model kereta baharu Perodua.