PUTRAJAYA: Tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan dikurangkan daripada 73 hari kepada 14 hari menerusi Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara yang dilancarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses berkenaan akan dijalankan secara lebih cekap menerusi pelaksanaan sistem itu yang dibangunkan JPN dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Jika sebelum ini dokumen permohonan kewarganegaraan yang diterima JPN akan diserahkan kepada pihak polis secara fizikal (bercetak), tetapi dengan adanya sistem ini penyerahan dokumen adalah secara dalam talian," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan JPN ke-75, di sini hari ini.
Beliau berkata sistem itu secara automatik akan menolak permohonan yang didapati pemohonnya terlibat dengan pertubuhan dianggap berbahaya dan mengancam ketenteraman awam, selain tinggal di negara ini melebihi masa ditetapkan.
Selain itu, Saifuddin Nasution berkata Kabinet akan memuktamadkan penubuhan sebuah agensi tunggal bagi mengawal selia sempadan negara atau single border agency dalam masa terdekat.
"Keputusan siapa yang akan terlibat di dalam single border agency itu akan dibuat oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kabinet dalam masa terdekat.
"Keselamatan dan kawalan sempadan negara di mana-mana negara di dunia ini merupakan aspek penting dan agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) antara paling banyak," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta warga KDN supaya bersiap sedia sekiranya kementerian dan agensi di bawahnya dipertanggungjawabkan terhadap penubuhan agensi itu.
Ketika ini terdapat lebih 20 agensi terbabit dalam mengawal selia sempadan negara termasuk Jabatan Imigresen (Imigresen), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 25 2023
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengulas pertanyaan media selepas majlis Sambutan Jubli Intan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini. - Foto Bernama
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
KDN selesai 14,000 permohonan warganegara sebelum 31 Disember
KDN akan menyelesaikan baki 14,000 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan sebelum 31 Disember tahun ini.
Permohonan warganegara kini hanya 14 hari - Saifuddin
Tempoh pemprosesan permohonan kewarganegaraan dikurangkan daripada 73 hari kepada 14 hari menerusi Sistem Tapisan Keselamatan Warganegara.
688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.