KUALA LUMPUR: Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan dibuka mulai 15 Jun ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata permohonan undi pos bagi semua kategori iaitu Kategori 1A (petugas pilihan raya, anggota/pegawai SPR dan petugas media), Kategori 1B (warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara) dan Kategori 1C (agensi/organisasi) perlu dibuat secara dalam talian di https://myspr.spr.gov.my.
"Bagaimanapun, bagi anggota polis dan tentera di bawah Kategori 1A, kaedah permohonan undi pos dikekalkan secara manual menggunakan Borang 1A yang boleh dimuat turun dari portal https://www.spr.gov.my mulai 15 Jun.
"Borang 1A ini hendaklah diserahkan kepada pegawai pengurus Bahagian Pilihan Raya pemohon mengundi selepas mendapat perakuan oleh ketua jabatan masing-masing," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pemilih yang layak dan berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah mendaftar atau mempunyai akaun MySPR sebelum membuat permohonan undi pos dan digalakkan mendaftar lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah.
Ikmalrudin berkata tarikh tutup permohonan undi pos bagi Kategori 1A ialah tiga hari sebelum hari penamaan calon, Kategori 1B pula ialah tiga hari selepas mesyuarat khas manakala bagi Kategori 1C, enam hari selepas mesyuarat khas.
"Tarikh mesyuarat khas urusan PRN bagi penetapan tarikh-tarikh penting termasuk tarikh tutup permohonan undi pos dalam dan luar negara akan dimaklumkan kelak," katanya.
Bagi penghantaran kertas undi pos kepada pengundi tidak hadir (PTH) luar legara, beliau berkata mereka perlu menghubungi SPR bagi menyemak alamat luar negara yang disimpan dalam rekod SPR serta mengemas kini alamat tersebut sekiranya telah berpindah atau telah kembali ke Malaysia.
Menurutnya, PTH luar negara boleh menghubungi talian 03-8892 7218 atau e-mel ke pthluarnegara@spr.gov.my selewat-lewatnya pada 23 Jun ini.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-8892 7218 atau 03-8892 7200.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023
Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan dibuka mulai 15 Jun ini. - Gambar hiasan/Astro AWANI
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan
Ini kerana Pan-gon, yang mula mengemudi skuad kebangsaan sejak 2022, sebelum ini dengan penuh komited menyatakan mahu terus mengendalikan Harimau Malaya sehingga tamat kontraknya pada Disember 2025.
AWANI Borneo [17/07/2024] - Kebakaran awal pagi | 1.3 juta tenaga buruh | 829.4 kilometer
Awani Borneo 17 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
RM32.8 juta setahun selenggara rutin Lebuh Raya Pan-Borneo
Kementerian akan memperuntukkan sebanyak RM32.8 juta setahun bagi pelaksanaan penyenggaraan rutin di Lebuh Raya Pan-Borneo secara berperingkat mengikut serahan bagi penyenggaraan selepas kontrak projek siap sepenuhnya.
38 peratus isi rumah miskin tegar di Sabah
Rafizi menambah pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan di Sabah juga lebih tinggi iaitu RM1,218 sebulan berbanding kadar nasional sebanyak RM1,198.
Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lepas telah pulang ke rumahnya di Ampangan Tinggi malam tadi.
Pemenang Jutawan BSN derma 10 peratus kepada gereja
Rezeki tiga bulan menabung di Bank Simpanan Nasional (BSN) berbekalkan modal 10 ribu ringgit telah menukar hidup seorang paderi kepada seorang jutawan.
RM468.7 juta projek infrastruktur basmi kemiskinan di Sabah
Rafizi berkata peruntukan sebanyak RM468.7 juta bagi 2024 telah diwujudkan bagi projek-projek infrastruktur dalam usaha mengurangkan jurang kemiskinan di lapan daerah tersebut.
60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
Sebanyak 60 peratus atau 1.3 juta daripada 2.3 tenaga buruh di Sabah belum berdaftar sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berisiko tidak memiliki simpanan untuk persaraan.
Permohonan undi pos bagi PRN enam negeri dibuka 15 Jun
Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan dibuka mulai 15 Jun ini.