PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima 15,605 permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) pada 2023, meningkat empat peratus berbanding 14,977 permohonan yang diterima pada 2022, kata Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Daripada 15,605 permohonan yang diterima, sebanyak 8,509 permohonan diluluskan melibatkan 132,106 produk dipersijilkan halal, dengan jumlah fi yang diterima ialah RM11.035 juta, katanya.
"Produk yang dipersijilkan halal meliputi skim produk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik, bahan gunaan dan peranti perubatan," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut Hakimah, berdasarkan laporan State of Global Islamic Economy 2023 yang dikeluarkan oleh Dinar Standards, Malaysia berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023.
"Perkara ini menunjukkan bahawa industri halal Malaysia semakin berkembang pesat jika dibandingkan dengan negara lain.
"Pencapaian ini juga telah menyumbang kepada kedudukan Malaysia untuk mengekalkan tempat pertama dari 81 negara bagi tahun ke-10 berturut-turut," katanya.
Hakimah berkata Jakim akan memastikan komitmen yang penuh diberikan bagi memastikan pengurusan SPHM berada pada tahap yang terbaik dengan pelbagai inisiatif baharu dirancang dan dirangka bagi memperkasakan pensijilan halal Malaysia di peringkat global.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024
Berdasarkan laporan State of Global Islamic Economy 2023 yang dikeluarkan oleh Dinar Standards, Malaysia berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
JAKIM diarah tingkat penguatkuasaan terhadap kandungan ajaran sesat - Mohd Na'im
Tindakan penguatkuasaan tegas terhadap kelompok yang menyebar kandungan ajaran sesat amat penting supaya ia tidak dilakukan sewenang-wenangnya.
Kesihatan mental: JAKIM laksana program dakwah, terapi psikospiritual syarie di lapangan
Program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti yang dijalankan oleh JAKIM dan JAWI diteruskan dengan aktif kepada masyarakat.
JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI
JAKIM menyarankan institusi masjid di negara ini memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan hasrat kerajaan dalam pendigitalan penyampaian perkhidmatan.
Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, mufti
Tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan dirujuk kepada JAKIM dan Jabatan Mufti.
JAKIM perlu lebih agresif terap nilai Qurani dalam kehidupan masyarakat - TPM Fadillah
Fadillah berkata tidak ada jalan yang lebih baik untuk membangunkan Malaysia MADANI melainkan membiasakan diri dengan al-Quran.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tekankan tanggungjawab, peranan pemimpin
Fahmi menyifatkan persidangan itu sebagai satu acara terbaik dalam menekankan tanggungjawab dan peranan ketua agama terhadap masyarakat.
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 berlangsung hari ini
Tema persidangan 'Kesatuan Dalam Kepelbagaian', sangat penting memandangkan ia satu daripada isu mendesak pada masa ini.
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia 2024 diadakan 7 dan 8 Mei ini
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia dan Majlis Ulama Asia 2024 akan diadakan pada 7 dan 8 Mei ini.