KUALA LUMPUR: Pendengaran permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan AS$340 juta dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disimpan dalam akaun pelanggan di sebuah firma guaman di United Kingdom (UK), bersambung di Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Feb depan.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi memohon tarikh sambung pendengaran kerana pihaknya masih menunggu perkembangan terbaharu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes tersebut.
"Dalam kes ini pemohon (pendakwa raya) memahami keprihatinan mahkamah bahawa kes ini telah lama berlangsung, pihak-pihak belum menyelesaikan hujahan. Bagaimanapun pihak-pihak akur dengan keputusan mahkamah sekiranya dapat menetapkan satu tarikh lagi untuk pihak-pihak berhujah.
"Ini akan dapat membantu pihak pemohon (pendakwa raya) untuk menyelesaikan beberapa perkara yang mana terdapat saksi yang baru dirakam percakapannya dan mungkin boleh memberi kesan terhadap kes ini," kata Ahmad Sazilee semasa prosiding pengurusan kes itu hari ini.
Semasa ditanya Hakim Ahmad Shahrir, sama ada saksi itu telah selesai dirakam percakapannya, Ahmad Sazilee berkata: "(Rakaman percakapan saksi) masih berlangsung dan pihak kami masih menunggu perkembangan terbaharu daripada pihak penguat kuasa (SPRM) kerana kami tidak tahu apa rakaman percakapan tersebut".
Peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili Tarek mencadangkan pendengaran terakhir bagi kes itu perlu ditetapkan memandangkan kes tersebut telah lama dan sekiranya terdapat sebarang permohonan ia perlu difailkan sebelum tarikh pendengaran.
Peguam Alex Tan mewakili PSI, PSOS-VZ dan Temple Fiduciary Services Limited, yang merupakan responden kedua, ketiga dan kelima berkata beliau mengguna pakai hujahan Mohd Yusof.
Susulan itu Hakim Ahmad Shahrir menetapkan 20 Feb 2024 untuk pendengaran terakhir dan sebarang permohonan sekiranya ada perlu difailkan sebelum tarikh tersebut.
Perintah itu adalah bagi mengekalkan status quo pihak terbabit sehingga pelupusan permohonan kerajaan bagi mendapatkan perintah menghalang sebarang urusan membabitkan wang milik PSI dan anak syarikatnya PSOS-VZ yang kini berada dalam akaun tersebut.
Kerajaan Malaysia mendakwa wang terbabit berasal daripada dana 1MDB dalam satu usaha sama dengan PSI bagi menubuhkan 1MDB PetroSaudi Ltd pada 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
Pihak pendakwaan memohon tarikh sambung pendengaran kerana pihaknya masih menunggu perkembangan terbaharu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes tersebut. - Gambar fail/Astro AWANI
10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas
Jabatan Bomba masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran
Akta PSMB benarkan HRD Corp buat pelaburan - Peguam
Akta PSMB 2001 adalah sistem perundangan yang mengawal selia dan mentadbir segala perancangan dan pelaksanaan operasi pentadbiran HRD Corp.
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket pecah rumah yang disyaki menjadi dalang dalam 15 kes pecah rumah di sekitar daerah Subang Jaya, berjaya ditumpaskan polis, pada Sabtu lalu.
Dua kanak-kanak kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus
Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kulim mendapati kedua-dua beradik itu kini berada dalam keadaan kritikal.
EURO 2024: Deschamps tak gusar prestasi hambar Mbappe
Pengendali Perancis Didier Deschamps tampil mempertahankan kapten dan pemain bintangnya, Kylian Mbappe selepas kritikan dilemparkan terhadap persembahan penyerang itu di Euro 2024.
Sindiket pecah rumah terlibat 15 kes sekitar Subang Jaya tumpas
Sindiket didalangi lima individu warga tempatan termasuk dua wanita ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu ini.
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.
Permohonan sekat PetroSaudi guna dana dikaitkan 1MDB bersambung 20 Feb 2024
Pendengaran permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi daripada menggunakan AS$340 juta dikaitkan dengan 1MDB bersambung pada 20 Feb depan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 April 2023.
Dua bekas pegawai PetroSaudi didakwa seleweng dana 1MDB di Switzerland
Dua bekas eksekutif Petrosaudi International Ltd (PSI) telah didakwa atas dakwaan menyeleweng sekurang-kurangnya AS$1.8 bilion (RM8 bilion) dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Petrosaudi: Pendengaran permohonan kerajaan ditangguh sehingga 23 Nov
Penangguhan itu dicadang selepas Ahmad Shahrir berkata peruntukan yang melibatkan permohonan bagi menghalang pergerakan wang terbabit adalah terlalu kabur.
Perbicaraan 1MDB Najib: Syarikat pelaburan tidak ikut proses sejak penubuhan - Saksi pendakwaan
Siti Zauyah berkata sepanjang pengetahuannya pelanggaran proses itu berlaku sejak penubuhan syarikat itu sehingga beliau bersara pada 2019.
Najib mempunyai kuasa buat keputusan 1MDB, kata Ahmad Husni
Ahmad Husni diminta oleh Najib untuk tidak masuk campur urusan penubuhan syarikat pelaburan 1MDB.
"Tiada seorang pun anak saya pernah bekerja di Goldman Sachs" - bidas Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan anak-anaknya dijamin pekerjaan dengan bank pelaburan multinasional Amerika Syarikat, Goldman Sachs.
Cuai, langgar kontrak: 1MDB, kerajaan saman rakan kongsi KPMG US$5.6 bilion
Kesemua plaintif menamakan rakan kongsi KPMG yang dilantik sebagai juruaudit 1MDB antara 15 Sept 2010 dan 10 Jan 2014, sebagai defendan pertama hingga ke-44.
AS berusaha dapatkan semula AS$300 juta aset 1MDB di Britain
Agensi itu pada Rabu berkata aset berkenaan berjaya dikesan di akaun eskrow di United Kingdom.