Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merekodkan peningkatan permohonan bagi program latihan dalam kalangan pekerja yang kehilangan pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lepas.
Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan Perkeso Datuk Mohd Sahar Darusman berkata pihaknya melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) menerima lebih 300 permohonan untuk latihan daripada pekerja yang kehilangan pekerjaan termasuk 197 yang menjalani latihan dalam talian.
"Dalam tempoh ini Perkeso menawarkan 250 kursus secara dalam talian di mana 75 adalah kursus latihan yang turut mengadakan penempatan pekerjaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata Perkeso telah mengambil langkah proaktif dengan membolehkan pekerja yang telah kehilangan pekerjaan untuk menduduki latihan secara dalam talian dari kediaman mereka memandangkan kebanyakan premis penyedia latihan tidak beroperasi dan ditukar kepada pusat kuarantin sepanjang PKP.
"Perkeso menghayati normal baru ini dalam melaksanakan Dasar Pasaran Buruh Aktif, di mana Perkeso merupakan agensi pertama di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk melaksanakan program latihan dan temuduga terbuka secara maya," katanya.
Beliau berkata sejak 1 Jan lepas hingga 17 Mei (semalam) Perkeso telah menerima 27,800 permohonan untuk faedah SIP.
Pekerja yang hilang pekerjaan dan berdaftar dengan PERKESO dinasihatkan membuat permohonan bantuan kewangan SIP dan juga mendapatkan latihan dan penempatan pekerjaan melalui laman sesawang PERKESO www.perkeso.gov.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-8091 5167 / 03-8091 5164 / 03-8091 5162 / 03-8091 5150 / 03-8190 5146 atau e-mel kepada latihanvokasional@perkeso.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 18 2020
Perkeso merekodkan peningkatan permohonan bagi program latihan dalam kalangan pekerja yang kehilangan pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lepas. - Astro AWANI
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Permohonan program latihan meningkat sejak PKP - Perkeso
Perkeso merekodkan peningkatan permohonan bagi program latihan dalam kalangan pekerja yang kehilangan pekerjaan sejak PKP dilaksanakan.