KUALA LUMPUR: Permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing tidak lagi dibekukan bermula Jumaat ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata walaupun telah diputuskan untuk dihentikan sementara sebelum ini, keputusan baharu itu dibuat selepas mengambil kira permintaan pihak industri.
"Saya telah putuskan untuk luluskan (permintaan industri), jadi tiada pembekuan lagi... kita terima proses permohonan baharu mulai Jumaat.
"Kita juga bersetuju agar semua permohonan yang diterima berhubung pengambilan 400,000 pekerja asing sebelum ini diteruskan sebelum hujung bulan," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama persatuan perniagaan di Wisma HRD Corp di sini hari ini.
Saravanan berkata bagi memahami isu pekerja asing dengan lebih baik, pihaknya juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas membabitkan 15 ahli daripada industri dan lima wakil Kementerian Sumber Manusia.
"Jawatankuasa ini akan mengadakan perbincangan segera apabila perlu, sebab kita perlu membantu mereka (industri) untuk pulihkan ekonomi.
"Hari ini, kita telah lihat kadar pengangguran dah mulai turun dan merupakan satu perkara yang baik. Oleh itu, kalau kita bantu pihak industri, mungkin kita akan dapat atasinya dengan lebih baik," katanya.
Mengenai permintaan pihak industri untuk menangguhkan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 kepada 45 jam, Saravanan berkata ia perlu dibincangkan bersama Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Kabinet.
"Ada dua jenis maklum balas diterima berhubung pindaan ini iaitu dari sudut pandangan pekerja, mereka minta kita (KSM) mempercepat implementasi untuk 15 juta pekerja.
"Apabila kita bincang dengan pihak industri pula, mereka minta kita tangguhkan kerana mereka baru pulih daripada kelembapan ekonomi. Saya faham permintaan kedua-dua pihak maka kita akan bincang, buat sesuatu (keputusan) yang terbaik," katanya.
Pindaan ke atas Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 kepada 45 jam itu akan berkuat kuasa pada 1 Sept ini.
Di bawah peraturan baharu itu, pekerja dibenarkan bekerja mengikut kesesuaian tempat, waktu dan hari bekerja termasuklah bekerja dari rumah ketika situasi kecemasan seperti pandemik COVID-19.
Pindaan itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja dan memberi kelonggaran dalam waktu kerja selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022

Saravanan berkata, keputusan baharu itu dibuat selepas mengambil kira permintaan pihak industri. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Permohonan pengambilan pekerja asing tidak dibeku lagi bermula Jumaat
Permohonan bagi pengambilan pekerja warga asing tidak lagi dibekukan bermula Jumaat ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.