Permohonan dan kemas kini maklumat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2017 akan dibuka mulai 5 Disember hingga 31 Disember 2016.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memberitahu, pemohon boleh membuat permohonan atau kemas kini tersebut melalui dua kaedah iaitu secara manual dengan mengisi borang, atau secara dalam talian.
“Pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
“Penerima BR1M 2016 (sedia ada) juga perlu membuat pengemaskinian maklumat terkini,” kata kenyataan itu.
Tambahnya, butiran yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses atau gagal.
Notis dan surat pemakluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu kedua bulan Februari 2017.
Bayaran bantuan BR1M akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat pada pertengahan bulan Februari 2017.
PERMOHONAN MANUAL, PENGISIAN BORANG:
-- Borang BR1M boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
-- Pemohon juga boleh memuat turun borang permohonan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my
-- Pemohon perlu menyediakan dokumen tambahan seperti Salinan penbgenalan waris/tanggungan, dokumen slip pendapatan atau lain-lain dokumen yang berkaitan
PERMOHONAN / KEMAS KINI DALAM TALIAN:
-- Permohonan juga boleh dibuat di Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my
-- Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan alinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.
Astro Awani
Mon Dec 05 2016
Penerima BR1M 2016 (sedia ada) juga perlu membuat pengemaskinian maklumat terkini. - Gambar fail
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Selangor dalam usaha pulihkan kawasan pembenihan kerang
Kerajaan negeri ketika ini sedang laksanakan kajian bersama SIRIM bagi mengenal pasti punca penurunan benih kerang di perairan berkenaan.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Penyelarasan projek perumahan mampu milik di bawah KPKT - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyelaraskan projek perumahan mampu milik dan diletakkan di bawah KPKT bagi memudahkan pengurusan.
BR1M akan dibayar sebelum Aidilfitri - Lim Guan Eng
Bantuan itu akan dibayar kepada penerima sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Manifesto BN asas kemenangan dua pertiga pada PRU14 - Syed Ali
Manifesto Barisan Nasional (BN) bakal melonjakkan peningkatan undi rakyat untuk memenangi majoriti lebih dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Kepelbagaian ekonomi Malaysia bantu negara capai status negara berpendapatan tinggi
Polisi kerajaan yang mempelbagaikan struktur ekonomi negara ini adalah keputusan yang tepat untuk mengukuhkan sistem kewangan negara.
80 peratus penerima BR1M terima bayaran peringkat pertama
Penyaluran ke akaun bank penerima dijangka selesai sepenuhnya pada akhir bulan Mac ini.
'Idea BR1M bukan dari saya tetapi dari Bank Negara' - PM Najib
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan cetusan idea Bank Negara Malaysia (BNM) yang mahu bantuan disalurkan kepada rakyat secara lebih berkesan.
Bayaran BR1M fasa kedua dan ketiga pada Jun, Ogos - PM Najib
Bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai Isnin ini, dan bayaran seterusnya pada Jun dan Ogos.
Pengagihan BR1M bermula Isnin
BR1M pada tahun ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara akan dilakukan dalam tiga fasa.
Selepas Arab Saudi, kini Mesir berminat tiru BR1M
Mesir menjadi negara terbaharu selepas Arab Saudi yang berminat melaksanakan program serupa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan di negara ini pada 2012
BR1M bukan dedak - PM
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan dedak atau umpan seperti yang dituduh pembangkang.