SHAH ALAM: Permintaan tinggi terhadap bekalan ayam ketika musim perayaan yang berlaku serentak dengan peningkatan harga makanan bahan mentah itu antara punca bekalan sumber protein tersebut terjejas di Selangor.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim berkata selain daripada dua punca itu, beliau difahamkan jangkitan penyakit ayam yang berlaku di peringkat ladang juga menjadi penyumbang kepada pengurangan bekalan tersebut namun pihaknya belum menerima laporan rasmi berhubung perkara itu
"Susulan itu satu mesyuarakat khas melibatkan jabatan dan agensi terlibat di bawah Jawatankuasa Pemodenan Pertanian dan Industri Asas negeri akan dijalankan esok. Dijangka kami akan dapat hasil mesyuarat itu esok," katanya.
Beliau berkata ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Convention Centre, hari ini.
Izham berkata pihaknya juga telah meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) negeri untuk menghubungi semua pembekal dan penternak ayam di Selangor untuk memeriksa status terkini bahan mentah itu.
Sementara itu Izham berkata pihaknya juga sedang menyiasat sama ada Selangor sedang menghadapi masalah bekalan ayam import dari Thailand dan China yang kebergantungan sekitar 60 peratus.
"Bekalan ayam di Selangor sebelum ini memang tidak mencukupi, memang kami import. Hanya 35 hingga 40 peratus ayam tempatan yang selebihnya memang import.
"Jadi sebab itu saya rasa saya perlu lihat kedua-duanya. Kadangkala bila bekalan kita (ayam tempatan) 'okey', tapi bila import pula terganggu, sama sahaja impaknya," katanya.
Semalam Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada esok (23 Mei).
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022

DVS Selangor telah diarah menghubungi semua pembekal dan penternak ayam di negeri itu bagi memeriksa status terkini bahan mentah berkenaan. - Gambar hiasan/ Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Bekalan, harga ayam stabil - Mohamad Sabu
Bekalan ayam pada masa ini adalah stabil dan faktor ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa.

Bekalan ayam, daging cukup menjelang sambutan Aidilfitri - Mohamad
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri.

Kartel: Bekalan ayam cukup sehingga Ramadan, Aidilfitri - Mohamad Sabu
Jaminan itu disuarakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Penamatan subsidi ayam: Tiada kenaikan harga di tiga negeri pada hari pertama
Menerusi tinjauan pada Rabu, KPKM juga mendapati bekalan bahan mentah itu juga stabil dan mencukupi untuk keperluan pengguna.

Tiada laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang - DVS
DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.

Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

FAMA diarah selesaikan isu bekalan ayam tidak cukup di beberapa tempat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas.

Ramadan, Aidilfitri: KPDN jamin bekalan ayam, telur mencukupi
Bekalan ayam dan telur ayam dijamin mencukupi sepanjang Ramadan sehingga menjelang perayaan Aidilfitri, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.

Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.