JOHOR BAHRU: Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Justeru, beliau berkata rakyat tidak perlu bimbang mengenai bekalan tersebut, memandangkan data menunjukkan bekalan mencukupi sehingga tempoh perayaan akan datang.
Beliau sekaligus membidas dakwaan segelintir peniaga, mengenai bekalan ayam tidak mencukupi sebagai sebab menaikkan harga, yang disifatkan tidak sepatutnya berlaku.
"Saya telah mendapat maklumat terperinci pada hari ini daripada Jabatan Veterinar, setelah KPDN berkongsi maklumat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS).
"Secara rasminya data menunjukkan bekalan cukup sehingga hari raya ini," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan kurma pada pengunjung dan peniaga Bazar Ramadan Taman Perling, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pulai itu berkata setiap aduan dipandang serius KPDN, justeru sekiranya perkara tersebut berlaku, rakyat dan peniaga diminta melaporkan perkara itu kepada KPDN.
"Kerana kita bimbang (kalau ada) isu tempatan atau tempat-tempat tertentu, itu tidaklah menggambarkan tentang isu sebenarnya. Kadang-kadang, ada masalah di antara pembekal dengan peruncit, mungkin akibat daripada mereka lambat bayar ataupun bekalan tidak cukup, mungkin itu berlaku di tempat-tempat tertentu," kata Salahuddin.
Beliau berkata pegawai penguatkuasa KPDN telahpun diarahkan mengetatkan pemantauan sepanjang bulan Ramadan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri, demi kebajikan rakyat.
"Nasihat saya kepada peniaga-peniaga selagi kerajaan masih meletakkan harga kawalan atau harga siling bagi ayam iaitu RM9.40 (sekilogram), saya harap itu dipatuhi.
"Sekiranya mereka berhadapan dengan bekalan ataupun memerlukan bantuan daripada KPDN, kita sedia membantu," katanya ketika menjawab dakwaan peniaga yang mengatakan harga naik kerana bekalan kurang di pasaran.
Media hari ini melaporkan terdapat kekurangan bekalan ayam segar hampir 30 peratus di pasaran, menyebabkan kenaikan harga ayam tidak dapat dielakkan, dengan harga ayam di peringkat runcit dilaporkan naik kepada RM11 sekilogram sejak awal Ramadan dan dijangkakan terus meningkat sehingga RM11.50 dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023

Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub. - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekalan, harga ayam stabil - Mohamad Sabu
Bekalan ayam pada masa ini adalah stabil dan faktor ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa.

Bekalan ayam, daging cukup menjelang sambutan Aidilfitri - Mohamad
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri.

Kartel: Bekalan ayam cukup sehingga Ramadan, Aidilfitri - Mohamad Sabu
Jaminan itu disuarakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Penamatan subsidi ayam: Tiada kenaikan harga di tiga negeri pada hari pertama
Menerusi tinjauan pada Rabu, KPKM juga mendapati bekalan bahan mentah itu juga stabil dan mencukupi untuk keperluan pengguna.

Tiada laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang - DVS
DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.

Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

FAMA diarah selesaikan isu bekalan ayam tidak cukup di beberapa tempat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas.

Ramadan, Aidilfitri: KPDN jamin bekalan ayam, telur mencukupi
Bekalan ayam dan telur ayam dijamin mencukupi sepanjang Ramadan sehingga menjelang perayaan Aidilfitri, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.

Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.