KUALA LUMPUR: Permintaan buruh Malaysia terus menunjukkan trend peningkatan pada suku pertama tahun 2023 dengan jumlah jawatan meningkat sebanyak 2.7 peratus, melepasi paras pra-pandemik.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, permintaan buruh di negara ini dilihat semakin pulih dengan peningkatan jawatan sebanyak 233,700 dalam sektor ekonomi atau 8.81 juta jawatan berbanding 8.57 juta dalam tempoh sama tahun lalu.
Jelas beliau, trend positif itu menunjukkan pemulihan ekonomi negara yang semakin baik, disokong oleh pelbagai inisiatif kerajaan seperti program penempatan pekerjaan, subsidi gaji serta insentif cukai.
"Untuk rekod, bilangan jawatan pada suku tahun ini adalah yang tertinggi sepanjang siri masa sejak 2018.
"Trend yang sama juga dapat dilihat bagi jumlah jawatan diisi yang meningkat sebanyak 2.7 peratus, mencatatkan 8.61 juta jawatan pada suku pertama tahun 2023 (ST1 2022: 8.39 juta).
"Peningkatan ini antara lainnya disokong oleh inisiatif Kerajaan dalam pelonggaran peraturan pengambilan pekerja asing melalui Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing dan Rekaliberasi Tenaga Kerja 2.0," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Statistik berkenaan diterbitkan dalam laporan Statistik Guna Tenaga, Suku Tahun Pertama 2023 berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dilaksanakan ke atas perniagaan berdaftar dalam sektor swasta.
Laporan ini membentangkan statistik permintaan buruh merangkumi indikator jawatan, jawatan diisi, kekosongan dan pewujudan jawatan mengikut kategori kemahiran serta aktiviti ekonomi.
Selain itu, Mohd Uzir berkata bilangan kekosongan jawatan meningkat sebanyak 4.5 peratus kepada 192,600 kekosongan pada suku tahun ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pembuatan kekal mencatatkan pertumbuhan tertinggi pada kadar 3.8 peratus (2.32 juta), diikuti oleh perlombongan & pengkuarian (3.4 peratus) dan pertanian (2.9 peratus).
Dari segi komposisi, katanya sebanyak 4.53 juta jawatan diisi (52.6 peratus) tertumpu di sektor perkhidmatan, diikuti oleh pembuatan (27.0 peratus atau 2.32 juta) dan pembinaan (14.3 peratus atau 1.23 juta).
"Dengan 31,800 kekosongan jawatan (16.5 peratus), sektor pertanian menduduki tempat kedua dan diikuti oleh perkhidmatan dengan 29,400 kekosongan jawatan (15.3 peratus), kebanyakannya dalam subsektor kewangan, insurans, hartanah serta perkhidmatan perniagaan (11,400).
"Terdapat 106,200 kekosongan jawatan dalam kategori separuh mahir yang merangkumi 55.1 peratus daripada jumlah kekosongan jawatan.
"Sementara itu, kategori mahir merangkumi 25.6 peratus kekosongan jawatan (49,300) diikuti berkemahiran rendah (19.3 peratus atau 37,100)," katanya lagi.
Mohd Uzir berkata, walaupun momentum pertumbuhan ekonomi dijangka perlahan pada tahun ini susulan risiko kemelesetan global, aktiviti perniagaan di Malaysia dijangka terus berkembang, seterusnya menyumbang kepada lebih banyak peluang pekerjaan.
Kedudukan pasaran buruh juga, ujarnya akan kekal stabil dan berkembang pada bulan-bulan akan datang disokong oleh perkembangan semasa aktiviti ekonomi di Malaysia.
Astro Awani
Thu May 11 2023
![Permintaan buruh Malaysia meningkat lebih 200,000 suku pertama 2023 Permintaan buruh Malaysia meningkat lebih 200,000 suku pertama 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655895446_UZIRMAHIDIN.jpg)
Mohd Uzir berkata trend positif itu menunjukkan pemulihan ekonomi negara yang semakin baik, disokong oleh pelbagai inisiatif kerajaan. - Fail/Bernama
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
![Permintaan buruh Malaysia meningkat lebih 200,000 suku pertama 2023 Permintaan buruh Malaysia meningkat lebih 200,000 suku pertama 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655895446_UZIRMAHIDIN.jpg)
Permintaan buruh Malaysia meningkat lebih 200,000 suku pertama 2023
Peningkatan jawatan sebanyak 233,700 dalam sektor ekonomi atau 8.81 juta jawatan berbanding 8.57 juta dalam tempoh sama tahun lalu.