SHAH ALAM: Seramai 12 remaja ditahan polis di sekitar Lebuhraya Selat Klang Utara malam tadi, kerana terlibat dalam perlumbaan haram.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, remaja terbabit merupakan sebahagian daripada 38 individu terdiri daripada 36 lelaki dan dua wanita berusia di antara 16 hingga 25 tahun, yang ditahan hasil Op Khas Samseng Jalanan.
Beliau berkata 12 remaja terbabit diambil tindakan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya.
"Sebanyak 35 buah motosikal dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk pemeriksaan lanjut dan 92 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas serta 24 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kompaun telah dikenakan kepada 38 orang di bawah Seksyen 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, kerana kesalahan berkumpul di tempat awam untuk berlumba haram dan tiada penjarakan sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nurulhuda berkata, masyarakat disarankan supaya tidak terlibat dengan kegiatan lumba haram dan ibu bapa hendaklah memantau pergerakan anak-anak agar tidak terlibat dengan lumba haram, berkumpul dan keluar rumah tanpa tujuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021
12 remaja terbabit diambil tindakan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya. - Foto fail
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Perlumbaan haram, 12 remaja antara 38 individu ditahan polis
38 individu terdiri daripada 36 lelaki dan dua wanita berusia di antara 16 hingga 25 tahun yang ditahan hasil Op Khas Samseng Jalanan.